Euforia Bola 2026
Famili

[VIDEO] Kanak-Kanak Perempuan 10 Tahun Ditemukan Maut Di Cerun Semak, Dipercayai Dib*nuh

Nurjilya Abdullah

Harapan keluarga untuk menemui Nurjilya Abdullah dalam keadaan selamat akhirnya bertukar menjadi tragedi yang amat menyayat hati.

Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu yang dilaporkan hilang sejak 13 Julai lalu ditemukan meninggal dunia di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar.

Baca juga: “You Ingat You Orang Malaysia?”- Wanita Rohingya Didakwa Pertikai Kos Rawatan Klinik Kerajaan, Jururawat Terus ‘Sound’!

NURJILYA ABDULLAH HILANG SEJAK AHAD, DIPERCAYAI DIBUNUH

Nurjilya Abdullah

Gambar Sinar Harian: Nurjilya Abdullah, 10, hilang sejak 13 Julai ditemukan maut pada Rabu.

Lebih memilukan, mayat mangsa ditemukan pada Rabu dalam keadaan sudah mereput sehingga bahagian kepala dan mukanya tidak lagi dapat dikenal pasti.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat pada jam 10.38 malam sebelum sepasukan polis bersama Unit Forensik bergegas ke lokasi.

“Hasil pemeriksaan awal di lokasi oleh pasukan forensik mendapati mayat mangsa sudah mereput.

“Pengecaman identiti dibuat oleh ibu mangsa berdasarkan pakaian yang dipakai oleh mangsa ketika dilaporkan hilang.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian dipercayai berpunca daripada kecederaan pada bahagian muka dan belakang kepala yang disyaki akibat hentakan menggunakan objek keras dan tumpul,” katanya dalam kenyataan media, malam semalam.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan

Nurjilya Abdullah

Gambar SInar Harian: Dipercayai suspek yang ditahan.

Susulan siasatan yang dijalankan, polis menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 39 dan 42 tahun bagi membantu siasatan kes.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan diteruskan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis sedang melengkapkan siasatan termasuk mendapatkan keterangan saksi serta bukti berkaitan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca juga: Mengadu Sakit Sebatang Gigi, Sekali 12 Batang Gigi Pula Dicabut Doktor! Aduhai Kesian Pak Cik…

Dalam masa sama, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Polis La Paula Abd Muis di talian 013-5149490 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, Nurjilya dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Numbak Bakau, Sepanggar pada 13 Julai sebelum Polis Daerah Kota Kinabalu mengeluarkan hebahan orang hilang bagi membantu mengesan mangsa.

Sumber: Harian Metro

FT Image: Harian Metro / Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×