Euforia Bola 2026
Dapur

“Lepas Tengok Terus Kembang Tekak”- Penjual Warga Asing Kantoi Jual & Simpan Aiskrim Dalam Tong Cat!

tong cat

Bayangkan anda sedang menikmati aiskrim di tepi pantai, tetapi kemudian mengetahui ia disimpan di dalam sebuah tong cat. Itulah pendedahan yang kini tular di media sosial sehingga membuatkan ramai warga maya mengaku terus ‘kembang tekak’ dan hilang selera.

Baca juga: Betul Ke Ikan Keli Makan ‘Taik’ Sebab Itu Tak Selamat Dimakan? Tunggu..Ini Penjelasan Ahli Zoologi

PENJUAL AISKRIM DIDAKWA SIMPAN AISKRIM DALAM TONG CAT

tong cat

Gambar dari hantaran tular

Menerusi hantaran pengguna Threads, dia memberi peringatan kepada orang ramai yang pernah atau bercadang membeli aiskrim daripada seorang penjual warga asing di kawasan Gurney Bay.

Menurutnya, apa yang mengejutkan ialah aiskrim pelbagai perisa itu didakwa disimpan secara terus di dalam tong cat.

Selain mempersoalkan aspek kebersihan, dia turut mendakwa berlaku kekeliruan harga apabila penjual dikatakan menawarkan harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sebelum pembelian, namun akhirnya meminta bayaran RM5 bagi sebatang aiskrim.

“Siapa yang dok beli aiskrim Uncle Myanmar dekat Gurney Bay tu, aiskrim dia letak dalam tong cat, guys. Biasa kena dah lah, siap kena scam. Satu RM5. Sebelum beli dia cakap satu RM1.50. Siapa biasa kena?” luahnya.

Perkongsian itu pantas mendapat perhatian ramai, dengan sebahagian warga maya mendakwa pernah melihat penjual sama di lokasi berkenaan.

Baca juga: Lebih 4,000 Pelajar Positif Cacing Hati, Hidangan Somtam & Pla Ra Kini Disiasat Pihak Berkuasa!

tong cat

Gambar dari hantaran tular

Saksi dakwa lihat sendiri keadaan tong aiskrim

Seorang lagi pengguna Threads, turut mendakwa dia berada di lokasi ketika pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap penjual tersebut.

Katanya, pada mulanya dia berasa simpati melihat keadaan penjual yang sedang berdepan tindakan pihak berkuasa.

Namun, rasa simpati itu bertukar menjadi loya apabila seorang pegawai memintanya melihat sendiri keadaan tong yang digunakan untuk menyimpan aiskrim. Dia mendakwa keadaan di dalam tong tersebut membuatkan dia terus “kembang tekak” dan hilang selera.

Dalam masa sama, pengguna itu turut mendakwa penjual berkenaan enggan memberikan kerjasama kepada pegawai penguat kuasa walaupun sudah beberapa kali diberi teguran supaya tidak berniaga di kawasan tersebut.

Difahamkan, lokasi berkenaan merupakan kawasan taman permainan kanak-kanak serta tempat bermain papan selaju yang dikhuatiri boleh mengundang risiko kemalangan sekiranya aktiviti menjaja diteruskan.

“Saya ada di tempat kejadian masa MPPP datang nak sita motor dia. At first macam kesian, tapi bila pegawai tu sendiri suruh saya tengok tong aiskrim dalam tu, rasa macam kembang tekak.

“Pakcik Myanmar tu agak kurang ajar dengan pegawai sebab tak nak beri kerjasama atas alasan cari makan untuk anak.

“Tapi hakikatnya, pegawai tu dah banyak kali tegur supaya jangan menjual lagi dekat kawasan situ sebab tempat budak-budak main playground dan skateboard, takut terlanggar atau berlaku perkara yang tak diingini. End up terkena juga kali ni. Kotor pula tu!” kongsinya.

Sumber: Threads @peonyyyaaa

FT Image: Hantaran tular

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×