Nak bawa anak ke theme park buat pertama kali? Walaupun nampak mudah, sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu dirancang supaya percutian berjalan lancar.
Dengan persediaan yang betul, anda boleh mengelakkan anak meragam, kepenatan dan beratur terlalu lama.
Berikut ialah 5 tips yang boleh membantu mak ayah menikmati masa berkualiti bersama keluarga di taman tema. Hujung minggu atau cuti sekolah dah tiba, mesti anak-anak teruja nak pergi theme park kan?
1. Rancang Jadual Mengikut Waktu Tidur Anak Nap Time

Tips Ekstra: Datang awal pagi seawal pintu pagar dibuka. Waktu ini cuaca belum terlalu terik dan barisan pun tak panjang sangat.
Rehat Tengah Hari: Anggar pukul 1 hingga 3 petang, cari port teduh, restoran ber ‘aircond’, atau balik ke hotel sekejap untuk beri anak lelapkan mata.
2. Sediakan Kereta Sorong Stroller & Kipas Mudah Alih

Bawa Anak ke Theme Park Dengan Stroller & Kipas
Walaupun anak anda dah pandai berjalan, tolong bawa stroller atau wagon. Taman tema ni kawasannya sangat luas. Anak-anak yang aktif pun boleh longlai lutut kalau kena menapak beribu langkah.
Fungsi Stroller: Selain tempat anak rehat dan tidur, ia juga berfungsi sebagai ‘lori’ untuk anda sangkut segala beg baju, botol air, dan barang mainan.
Cuaca Malaysia sekarang tak menentu, panasnya boleh tahan. Kepit kipas mini jenis berlampu/berbateri pada stroller untuk pastikan anak kekal selesa.
3. ‘Ubat Selalunya Cukup’, Bawa Kit Kecemasan Mini

Malang tidak berbau. Bila anak dah seronok berlari, risiko untuk terjatuh, melecet, atau digigit serangga itu tetap ada. Jangan sampai dah terkena, baru kelam-kabut nak cari klinik. Pastikan dalam beg anda ada kit kecemasan kecil yang mengandungi:
- Pelekat luka (plaster) pelbagai saiz
- Minyak angin atau ubat sapu gigitan serangga
- Ubat demam/tahan sakit jenis sirap (dan picagari)
- Semburan pelindung matahari sunscreen khas untuk kanak-kanak
Nota Penting: Jangan lupa sapu sunscreen pada anak setiap 2 jam sekali, terutamanya kalau pergi taman tema air untuk elakkan kulit mereka terbakar sunburn.
4. Baju T-Shirt Ekstra &’Baju Sedondon’
Bawa sekurang-kurangnya 2 hingga 3 pasang baju ekstra untuk anak-anak, termasuklah seluar dalam dan tuala kecil. Keselesaan adalah kunci utama. Kalau baju dah lencun dengan peluh, tukar segera supaya anak tak meragam atau kena selesema.
Trik Keselamatan: Pakaikan anak-anak baju berwarna terang (contoh: kuning neon, jingga, merah) atau baju sedondon satu keluarga. Jika dalam keadaan sesak, mata anda lebih mudah untuk ‘spot’ kedudukan anak-anak.
5. Strategi Hadapi Kaunter Makanan & Air

Berjalan dan bermain dalam taman tema memang cepat buatkan perut berkeroncong dan badan terhidrat. Walaupun kebanyakan taman tema tidak membenarkan makanan luar dibawa masuk, ada kelonggaran selalunya diberikan untuk makanan bayi atau botol air anak.
Bawa Botol Air Kosong: Bawa botol air seorang satu dari rumah. Anda boleh air di water dispenser yang disediakan di dalam taman tema. Jimat poket!
Makan Awal: Masuk sahaja waktu makan tengahari (sekitar pukul 11.45 pagi), terus cari kedai makan. Jangan tunggu pukul 1 petang baru nak beratur, waktu tu anak dah hangry (lapar + marah), barisan pula panjang kemain!
Kesimpulan: Just Go With The Flow!
Akhir sekali, tips yang paling penting untuk mak ayah adalah fleksibel. Kadang-kadang, walaupun kita dah rancang nak naik 10 tapi anak cuma sempat naik 3 sahaja sebab mereka dah penat.
Tak apa, jangan stres! Matlamat utama kita adalah untuk mencipta memori gembira bersama mereka. Jadi, tarik nafas dalam-dalam, amalkan tips di atas, dan have fun!
