Euforia Bola 2026
Famili

Penantian Hampir 8 Tahun Berakhir Dengan Ujian, Kisah Bayi Fahri Hanya Bertahan 45 Minit Undang Sebak..

anak syurga

Baru-baru ini, perkongsian seorang bapa mengenai pemergian anak syurga mereka, Muhammad Fahri bin Muhammad Akmal, menyentuh hati ramai apabila kisah penantian hampir lapan tahun itu berakhir dengan ujian yang cukup berat.

Baca juga: Tular Anak Tarik Tudung Ibu, Pegang Objek Dipercayai Senjata Tajam Ugut Ibu Depan Pejabat Zakat

ANAK SYURGA PERGI SELEPAS PENANTIAN HAMPIR 8 TAHUN

anak syurga

Foto: Instagram @akmalrozman

Menurut perkongsian yang dimuat naik di media sosial, enam bulan lalu pasangan itu berkongsi khabar gembira apabila dikurniakan rezeki zuriat selepas hampir lapan tahun menanti.

Mereka sengaja merahsiakan kehamilan tersebut kerana ingin memberikan kejutan kepada ahli keluarga serta mereka yang sentiasa mendoakan agar dikurniakan cahaya mata.

Sepanjang tempoh kehamilan, bayi yang diberi nama Muhammad Fahri bin Muhammad Akmal dikatakan sangat aktif di dalam kandungan. Malah ketika menjalani pemeriksaan imbasan, Fahri dikatakan melompat sebelum berpura-pura tidur, sesuatu yang menjadi kenangan manis buat kedua ibu bapanya.

Fahri Dilahirkan Pra Matang Tanpa Tangisan

Pasangan itu sudah membuat pelbagai persiapan untuk menyambut kelahiran Fahri pada bulan Oktober. Namun, takdir Allah menentukan sebaliknya apabila Fahri dilahirkan lebih awal pada 11 Julai 2026, tepat jam 4.15 pagi.

Menurut bapanya, sebelum memasuki bilik bersalin, tiga orang doktor memaklumkan bahawa keadaan Fahri sangat kritikal dan degupan nadinya semakin lemah.

Walaupun menerima berita yang sukar itu, si ayah tetap berusaha tenang demi memberikan kekuatan kepada isterinya.

Faham doktor. Terima kasih.

Itulah jawapan ringkas yang diberikan sebelum beliau melangkah masuk ke bilik bersalin. Fahri dilahirkan dalam keadaan cukup sifat, namun tanpa tangisan.

Anak Syurga Hanya Bertahan Sebentar

anak syurga

Foto: Instagram @akmalrozman

Sekitar jam 5 pagi, doktor memaklumkan bahawa nadi Fahri telah berhenti.

Dalam perkongsian yang menyentuh hati itu, bapanya menulis bahawa Fahri bukan sekadar tidak sabar bertemu Papa dan Mama, tetapi lebih dahulu dipanggil bertemu pemilik sebenar dirinya, iaitu Allah SWT.

Selepas itu, si ayah sendiri menguruskan jenazah anaknya dengan penuh kasih sayang.

Dia memandikan, mengkafankan, mengimamkan solat jenazah dan menurunkan sendiri anak kesayangannya ke dalam liang lahad.

Doa Seorang Ayah Menyentuh Hati Ramai

Antara yang paling menyentuh hati ialah doa yang dibacakan ketika mengimamkan solat jenazah anaknya.

Ya Allah, kalau Engkau ambil semula anak ini disebabkan dosa lalu kedua ibu bapanya, Engkau ampunilah kedua ibu bapanya Ya Allah.

Di akhir perkongsian, pasangan itu turut menitipkan pesanan buat anak syurga mereka.

Tunggu Papa Mama kat syurga ya. Nanti Papa Mama bawa adik-adik jumpa Abang Fahri.

Perkongsian tersebut menerima ribuan reaksi dan doa daripada orang ramai yang turut bersedih dengan kehilangan itu. Ramai mendoakan agar kedua ibu bapa diberikan kekuatan, kesabaran serta dikurniakan zuriat pada masa akan datang.

Baca juga: Banyak Angin Jahat Dalam Badan? Cuba Tekan 7 Titik Pada Badan Ini, Bantu Beri Rasa Lega!

Sumber: Instagram @akmalrozman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×