Euforia Bola 2026
40 Minggu

“Inilah Yang Rakyat Mahu!” MYDIN Raih Pujian Warganet Selepas Hadiahkan Baucar RM100 Buat Ibu Mengandung

MYDIN MALAYSIA

MYDIN Malaysia dipuji apabila tampil dengan inisiatif menghargai golongan ibu mengandung menerusi pemberian Baucar Barangan Bayi bernilai RM100 secara percuma.

Program yang berlangsung pada Rabu itu bukan sahaja mendapat sambutan hangat, malah turut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang memuji usaha pasar raya tersebut membantu meringankan beban bakal ibu.

Baca juga: Murid Lelaki 7 Tahun Maut Dilanggar Bas Sekolah, Cedera Parah Di Bahagian Kepala

MYDIN MALAYSIA RAIKAN 500 IBU MENGANDUNG BAUCAR RM100

MYDIN MALAYSIA

Menerusi hebahan di media sosial sebelum ini, MYDIN menawarkan Baucar Barangan Bayi bernilai RM100 kepada 500 ibu mengandung terawal di lapan cawangan terpilih di seluruh negara.

Antara cawangan yang mengambil bahagian ialah:

  • MYDIN USJ, Subang Jaya
  • MYDIN Tunjong, Kelantan
  • MYDIN Seremban 2
  • MYDIN MITC, Melaka
  • MYDIN Bukit Mertajam
  • MYDIN Meru Raya, Ipoh
  • MYDIN Gong Badak
  • MYDIN Mutiara Rini

Program tersebut diadakan selama sehari bermula dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam dengan pendaftaran dibuat di Kaunter Khidmat Pelanggan.

Dalam hebahan itu, MYDIN turut menyatakan setiap bakal ibu berhak diraikan dengan penuh hormat, kasih sayang dan penghargaan.

Selepas program berakhir, MYDIN memuat naik satu lagi hantaran mengucapkan terima kasih kepada semua ibu mengandung yang hadir.

Mereka turut berharap baucar yang diberikan dapat membantu sedikit sebanyak persiapan menyambut kelahiran cahaya mata.

“Terima kasih kepada semua ibu mengandung yang datang sempena hari istimewa ini. Semoga sedikit sebanyak Baucar Barangan Bayi percuma bernilai RM100 dapat membantu persiapan menyambut cahaya mata tersayang,” tulis MYDIN.

Warganet puji inisiatif prihatin MYDIN

MYDIN MALAYSIA

Di ruangan komen, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kagum dan menghargai usaha MYDIN yang disifatkan sentiasa dekat dengan rakyat.

Ada yang menyifatkan inisiatif seperti ini benar-benar membantu keluarga, khususnya ketika kos keperluan bayi semakin meningkat.

Malah, tidak kurang juga yang berharap program seumpama itu diteruskan pada masa akan datang dan diperluaskan ke lebih banyak cawangan supaya lebih ramai ibu mengandung dapat menikmati manfaat tersebut.

Selain itu, terdapat juga pengguna media sosial yang memuji MYDIN kerana sering tampil dengan pelbagai inisiatif kebajikan serta promosi yang memberi manfaat kepada pelanggan.

Pemberian baucar ini dilihat mampu membantu ibu mengandung membeli keperluan asas bayi seperti lampin, pakaian atau kelengkapan penjagaan bayi.

Baca juga: Bakal Pengantin Kritikal Selepas Guna Ubat Kurus Viral ‘Reta’, Hati Bengkak & Usus Bocor!

Sumber: Facebook MYDIN Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×