Euforia Bola 2026
Famili

6 Tahun Tanam Durian Di Indonesia, Hasil Tak ‘Hidup’…Lelaki Kongsi Rupanya Ini Beza Durian Indonesia Vs Malaysia

tanam durian

Tanam durian bukan sekadar memilih anak benih yang berkualiti, tetapi turut memerlukan pemilihan lokasi, jenis tanah dan iklim yang sesuai.

Menurut seorang lelaki Indonesia yang menetap di Malaysia, inilah antara faktor utama yang menjadikan durian tempatan seperti Musang King mampu mengekalkan kualitinya sehingga dikenali di peringkat antarabangsa.

Baca juga: Malu Tersilap Masuk Tandas Perempuan, Polis Sahkan Pelajar Buat Laporan Palsu Dakwa Diculik…

TANAM DURIAN DI INDONESIA, TAPI TAK ‘HIDUP’

TANAM DURIAN

Kredit: Magnific

Persoalan itu dikongsikan oleh seorang lelaki warga Indonesia yang kini menetap di Kuala Lumpur menerusi satu video di Threads.

Menurutnya, pemerhatiannya sepanjang berada di Malaysia membuka perspektif baharu mengenai faktor sebenar di sebalik kejayaan industri durian tempatan.Pengalaman keluarga tanam durian selama enam tahun

Lelaki itu berkata, keluarganya pernah mengusahakan kebun durian di Indonesia dengan harapan memperoleh hasil yang berkualiti.

Mereka menanam pokok durian selama kira-kira enam tahun, namun hasil yang diperoleh tidak seperti diharapkan apabila buah yang dikeluarkan kurang berkualiti, malah tidak setanding durian kampung biasa.

Pengalaman tersebut membuatkan dia tertanya-tanya mengapa perkara sama jarang berlaku dalam industri durian di Malaysia.

MARDI jadi antara faktor utama

TANAM DURIAN

Menurutnya, salah satu kekuatan Malaysia ialah sistem penyelidikan dan pemantauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Dia menjelaskan pembangunan industri durian di negara ini tidak bergantung kepada penanaman semata-mata, sebaliknya disokong oleh penyelidikan yang merangkumi pemilihan baka, pengeluaran anak benih serta kawalan kualiti.

Sebagai contoh, varieti Musang King didaftarkan secara rasmi dengan kod D197 dan proses pembiakan serta penjualan anak benih turut dikawal bagi memastikan ketulenan baka sentiasa terpelihara.

Menurutnya, sistem sebegini membantu mengurangkan risiko penjualan benih yang tidak tulen atau tidak berkualiti. Dia turut berkongsi bahawa faktor geografi memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti buah durian.

Katanya, hasil penyelidikan menunjukkan sesuatu varieti tidak semestinya sesuai ditanam di semua kawasan kerana setiap baka mempunyai keperluan tanah dan iklim yang berbeza.

Sebagai contoh, Musang King dikatakan menghasilkan kualiti terbaik apabila ditanam di kawasan tertentu seperti Raub, Pahang.

Dia menyifatkan pendekatan itu hampir sama dengan konsep terroir, iaitu faktor seperti struktur tanah, suhu, hujan dan persekitaran yang mempengaruhi rasa serta kualiti sesuatu hasil pertanian.

Indonesia juga miliki durian berkualiti

Dalam masa sama, dia berpandangan Indonesia sebenarnya mempunyai banyak varieti durian premium yang berpotensi untuk diketengahkan.

Antara baka yang disebut termasuk Super Tembaga, Klamunot, Petruk, Matahari dan Sitokong.

Namun menurutnya, potensi tersebut masih belum dimanfaatkan sepenuhnya kerana kekurangan penyelidikan berkaitan kesesuaian baka dengan lokasi penanaman.

Akibatnya, banyak pokok ditanam tanpa mengambil kira faktor tanah dan iklim, sekali gus menjejaskan kualiti buah yang dihasilkan.

Mengulas lanjut, dia berpendapat pembangunan industri durian tidak boleh bergantung kepada populariti sesuatu varieti semata-mata.

 

View on Threads

 

Baca juga: Insiden Wanita Hamil Dituduh Mencuri, Lotus’s Malaysia Kenakan Tindakan Tatatertib Terhadap Pekerja Terlibat

Sumber: Threads Handy Surakhman Tki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×