Euforia Bola 2026
Famili

Insiden Wanita Hamil Dituduh Mencuri, Lotus’s Malaysia Kenakan Tindakan Tatatertib Terhadap Pekerja Terlibat

LOTUS'S MALAYSIA

Lotus’s Malaysia tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden membabitkan seorang wanita hamil yang didakwa dituduh mencuri di cawangannya di Selayang.

Menerusi kenyataan itu, syarikat memaklumkan siasatan dalaman yang dijalankan mendapati cara insiden tersebut dikendalikan tidak memenuhi piawaian layanan dan perkhidmatan yang sewajarnya.

Baca juga: Tular Dakwaan Wanita Hamil Dituduh Mencuri, Lotus’s Malaysia Tampil Beri Respon & Jalankan Siasatan Menyeluruh

LOTUS’S MALAYSIA KELUARKAN KENYATAAN BERHUBUNG WANITA HAMIL DITUDUH MENCURI

LOTUS'S MALAYSIA

Lotus’s turut mengemukakan permohonan maaf kepada pelanggan terbabit, isterinya serta ahli keluarga atas pengalaman yang dilalui ketika membeli-belah di premis berkenaan.

“Pelanggan sepatutnya tidak melalui pengalaman sedemikian ketika membeli-belah bersama kami. Kami amat kesal atas pengalaman yang telah mereka lalui,” menurut kenyataan itu.

Menurut syarikat itu lagi, pihaknya telah menghubungi keluarga terbabit secara langsung dan kekal komited untuk mendapatkan semula kepercayaan mereka.

Dalam pada itu, Lotus’s memaklumkan tindakan tatatertib yang sewajarnya telah diambil terhadap pihak yang terlibat selaras dengan dasar dalaman syarikat.

Selain itu, syarikat berkenaan turut memperkukuhkan garis panduan, prosedur serta latihan kepada semua kakitangan bagi memastikan standard perkhidmatan terus dipatuhi dan mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.

Lotus’s turut menghargai peluang untuk menjalankan semakan menyeluruh terhadap insiden berkenaan serta memahami perhatian orang ramai terhadap kes tersebut.

Bagaimanapun, syarikat itu melahirkan rasa kesal terhadap laporan gangguan peribadi dan ugutan secara dalam talian yang didakwa ditujukan kepada kakitangan serta ahli keluarga mereka susulan insiden tersebut.

LOTUS'S MALAYSIA

Sehubungan itu, Lotus’s menyeru semua pihak supaya menghormati privasi, kesejahteraan dan maruah setiap individu yang terlibat serta membenarkan perkara itu diselesaikan dengan penuh persefahaman dan ihsan.

Mengakhiri kenyataan, Lotus’s berkata insiden tersebut menjadi peringatan kepada syarikat mengenai kepentingan melayan setiap pelanggan dengan empati, hormat dan bermaruah.

“Insiden in mengingatkan kami tentang pentingnya melayan setiap pelanggan dengan empati, rasa hormat dan bermaruah. Kami kekal komited untuk mengambil iktibar daripada pengalaman ini, terus menambah bai mutu perkhidmatan kami, serta terus berusaha meraih kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kepada Lotus’s setiap hari,” katanya.

Baca juga: Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM Bukan Automatik RM1,000 Sebulan, Ini Cara Kira & Syarat Kelayakan

Sumber: Facebook Lotus’s Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×