Euforia Bola 2026
Rakyat

Sarawak Bakal Ada Kilang Gardenia Pertama, Pelaburan RM30 Juta Dijangka Buka 500 Peluang Pekerjaan!

KILANG GARDENIA

Sarawak dijangka mempunyai kilang Gardenia pertamanya menerusi pelaburan bernilai RM30 juta hasil kerjasama antara Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) dan Sanjung Etika Sdn. Bhd.

Kerjasama itu dimulakan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang melibatkan anak syarikat KTC dan Sanjung Etika, iaitu anak syarikat milik penuh Yayasan Sarawak. Usahasama tersebut bertujuan menubuhkan sebuah syarikat yang akan mengendalikan operasi pembuatan roti Gardenia di negeri berkenaan.

Baca juga: Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM Bukan Automatik RM1,000 Sebulan, Ini Cara Kira & Syarat Kelayakan

KILANG GARDENIA PERTAMA DI SARAWAK

KILANG GARDENIA

Bagi merealisasikan projek tersebut, KTC telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan Sarawak untuk mendapatkan tanah seluas 3.06 hektar sebagai tapak pembinaan kilang.

Sekiranya perancangan berjalan lancar, kemudahan itu dijangka membuka kira-kira 500 peluang pekerjaan baharu, khususnya kepada graduan tempatan dan tenaga kerja berkemahiran.

Kedua-dua pihak menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Usahasama (JV) serta Perjanjian Pemegang Saham dalam tempoh tiga bulan akan datang sebelum syarikat baharu itu ditubuhkan secara rasmi.

Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau berkata, syarikat itu menghargai sokongan yang diterima daripada kerajaan dan rakyat Sarawak sejak mula bertapak di negeri tersebut sekitar sedekad lalu.

Beliau memaklumkan bahawa KTC kini menggaji kira-kira 400 pekerja tempatan di Sarawak, bersamaan lebih 30 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerjanya.

KILANG GARDENIA

Menurutnya lagi, KTC telah melabur sekitar RM300 juta di Sarawak dan berjaya menjana hasil tahunan kira-kira RM400 juta, selain menguruskan aset operasi serta perdagangan bernilai RM140 juta.

Gardenia “Sarawak Edition” turut dalam perancangan

Selain pembinaan kilang, KTC turut merancang memperkenalkan produk khas Gardenia “Sarawak Edition” yang menampilkan identiti dan warisan budaya negeri tersebut menerusi reka bentuk pembungkusannya.

Dalam masa sama, syarikat itu turut menyokong usaha kerajaan Sarawak memperluaskan hubungan perdagangan serantau, termasuk pembukaan Pejabat Hubungan Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) di Pontianak, Indonesia.

Inisiatif itu dilihat berpotensi memperkukuhkan lagi kedudukan Sarawak sebagai hab perdagangan dan operasi bagi pasaran rentas sempadan pada masa hadapan.

Baca juga: [VIDEO] Anak Istimewa Pimpin Tangan Rakan OKU Ke Sekolah, Kisah Abang Aidi Buat Ramai Sebak

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×