Euforia Bola 2026
Didik

Seramai 12,974 Calon Bakal Duduki SPM Ulangan 2026 Bermula 14 Julai Ini, Ini Jadual Penuh Peperiksaan

spm ulangan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan seramai 12,974 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) Tahun 2026 yang akan berlangsung selama tiga hari, bermula 14 hingga 16 Julai 2026.

Baca juga: Jangan Pandang Ringan! Kes Penyakit RSV Semakin Meningkat, Ini 6 Cara Lindungi Anak Anda

SPM ULANGAN 2026 BERMULA DARI 14 HINGGA 16 JULAI 2026

spm ulangan

Foto: Gemini AI

Peperiksaan tersebut akan dijalankan di 188 pusat peperiksaan di seluruh negara, melibatkan tiga mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

SPMU merupakan peluang kedua yang disediakan kepada calon untuk memperbaiki keputusan peperiksaan, khususnya bagi mata pelajaran penting yang menjadi syarat kelayakan melanjutkan pengajian atau memasuki alam pekerjaan.

KPM Ingatkan Calon Semak Jadual Waktu Peperiksaan

KPM mengingatkan semua calon supaya menyemak jadual waktu peperiksaan lebih awal bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan tarikh peperiksaan, masa, kod kertas, nama kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

KPM turut memaklumkan bahawa jadual waktu rasmi peperiksaan boleh dimuat turun menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan bagi memudahkan calon membuat persediaan lebih awal.

Lebih 2,800 Petugas Dilantik Pastikan Peperiksaan Berjalan Lancar

Bagi memastikan pengurusan peperiksaan berjalan dengan teratur dan lancar, KPM telah melantik seramai 1,530 petugas peperiksaan untuk mengendalikan Ujian Bertulis serta Ujian Mendengar Bahasa Melayu.

Selain itu, seramai 1,366 petugas peperiksaan lagi dilantik khusus bagi menguruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang dijalankan mengikut jadual sidang yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Pelantikan petugas ini penting bagi memastikan setiap prosedur peperiksaan dipatuhi serta menjamin kelancaran pengendalian peperiksaan di semua pusat peperiksaan di seluruh negara.

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM Ulangan 2026

Berikut merupakan jadual peperiksaan SPMU 2026 bagi tempoh 14 hingga 16 Julai 2026.

spm ulangan

Foto: Lembaga Peperiksaan

Menjelang hari peperiksaan, calon disarankan supaya membuat semakan lokasi pusat peperiksaan lebih awal, merancang perjalanan, mendapatkan rehat yang mencukupi.

Calon juga perlu memastikan semua keperluan seperti alat tulis, kad pengenalan dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan telah disediakan sehari sebelum peperiksaan.

Persediaan yang rapi bukan sahaja dapat mengelakkan kelewatan pada hari peperiksaan, malah membantu calon menjawab soalan dengan lebih tenang dan yakin.

Baca juga: Tular Rakaman Podcast Ustaz Panggil Jin Masuk Badan Hos Untuk ‘Sembang’, Apa Hukumnya Menurut Islam?

Sumber: Bernama dan Lembaga Peperiksaan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×