Lotus’s Malaysia memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan membabitkan seorang wanita hamil yang dituduh mencuri ketika berada di sebuah cawangannya di Selayang, Selangor.
Menerusi kenyataan kepada Harian Metro, syarikat itu mengesahkan telah mengambil maklum mengenai insiden yang menjadi perhatian ramai di media sosial dan menegaskan bahawa perkara berkenaan dipandang serius.
Baca juga: Tengku Natasya & Tengku Arif Bendahara Dikurniakan Puteri, Tengku Nadine Amina Zahra Jadi Tumpuan
WANITA HAMIL DITUDUH MENCURI, LOTUS’S BUKA SIASATAN

“Kami amat kesal mengetahui bahawa perkara itu menimbulkan keresahan kepada pelanggan terbabit. Kami memandang serius kebimbangan yang dibangkitkan.
“Kami sedang menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mendapatkan gambaran penuh mengenai apa yang berlaku.
“Pihak kami juga sudah menghubungi pelanggan terbabit bagi mendapatkan pemahaman lebih jelas mengenai pengalaman dialaminya,” jelasnya.

Sekadar gambar hiasan (Magnific)
Menurut Lotus’s Malaysia, siasatan masih diteruskan dan atas sebab itu, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan buat masa ini.
Sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Fareez mendakwa isterinya yang sedang hamil diarahkan berdiri selama kira-kira 20 minit selepas disyaki mencuri ketika membeli-belah di pasar raya berkenaan.
Dakwaannya yang dikongsikan di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cara insiden itu dikendalikan.
Baca juga: Ibu Mengandung Dapat Buah Naga Percuma, Orang Ramai Boleh Beli Hanya RM1 Sebiji Setiap Sabtu & Ahad!
Sumber: Harian Metro
