Euforia Bola 2026
Rakyat

Kerajaan Putuskan Umur Persaraan Penjawat Awam Kekal 60 Tahun, Tiada Sebarang Perubahan

Kerajaan memutuskan bahawa had umur persaraan wajib bagi penjawat awam kekal pada usia 60 tahun, sekali gus mengekalkan dasar sedia ada tanpa sebarang perubahan buat masa ini.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri selepas mengambil kira bahawa tiada keperluan untuk menaikkan had umur persaraan ketika ini.

Baca juga: “Saya Sedih Doktor Psikiatri Tak Bagi Pergi Sekolah” – Tular Nota Didakwa Milik Suspek Kes Ti*am Pelajar

UMUR PERSARAAN PENJAWAT AWAM KEKAL 60 TAHUN

UMUR PERSARAAN

Menurut beliau, kerajaan tidak bercadang melaksanakan peningkatan umur persaraan dalam masa terdekat dan had umur sedia ada akan terus diguna pakai.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan akan meneliti cadangan untuk menaikkan umur persaraan wajib penjawat awam kepada 65 tahun dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz sebelum ini memaklumkan kajian berhubung cadangan tersebut hanya akan dimulakan selepas RMK13 dilaksanakan, selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut menjelaskan bahawa beberapa negara menetapkan had umur persaraan yang lebih tinggi berbanding Malaysia. Sebagai contoh, Singapura menetapkan umur persaraan pada 62 tahun, manakala beberapa negara Scandinavia membenarkan persaraan sehingga usia 70 tahun.

Di Malaysia sendiri, terdapat jawatan tertentu seperti hakim yang mempunyai had umur persaraan sehingga 66 tahun.

UMUR PERSARAAN

Kredit: Gemini AI

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pernah mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan peningkatan umur persaraan wajib daripada 60 kepada 65 tahun.

Menurut beliau, ramai individu yang masih sihat, berpengalaman dan berupaya menyumbang kepada pembangunan negara walaupun telah mencapai usia 60 tahun.

Untuk rekod, had umur persaraan penjawat awam di Malaysia telah dinaikkan beberapa kali sebelum ini, iaitu daripada 55 kepada 56 tahun pada 2001, kemudian 58 tahun pada 2008, sebelum ditetapkan kepada 60 tahun bermula Januari 2012.

Umur yang sama turut menjadi umur persaraan minimum bagi pekerja sektor swasta di bawah Akta Umur Persaraan Minimum 2012.

Baca juga: Belum Dapat Giliran Haji? Wanita Ini Kongsi Cara Buat Rayuan PJH & Pengalamannya Berjaya Tunai Haji

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×