Euforia Bola 2026
Famili

Tertinggal Teddy Bear Sampai Tak Boleh Tidur! Norman Hakim Kongsi Ragam Anak Masuk Universiti

daftar universiti

Hari daftar universiti sememangnya menjadi detik yang penuh emosi buat setiap keluarga. Ada anak yang teruja memulakan kehidupan sebagai mahasiswa, ada yang gementar meninggalkan keluarga buat kali pertama, malah tidak kurang juga yang sukar berpisah dengan ibu bapa pada hari pendaftaran.

Begitulah yang dikongsikan pelakon terkenal, Norman Hakim apabila anak perempuannya, Maria Danisha, selamat mendaftar sebagai mahasiswi di sebuah universiti baru-baru ini.

Baca juga: Patutlah Ibu Bapa Luar Negara Pilih ‘Bone Marrow’ Sebagai Makanan Pertama Bayi, Rupanya Sebab Khasiat Power Ini!

NORMAN HAKIM KONGSI RAGAM ANAK DAFTAR UNIVERSITI

daftar universiti

Foto: Instagram @normanhakim_786

Menerusi perkongsian di Instagram, Norman berkongsi pelbagai momen lucu sepanjang membantu anaknya membuat persiapan sebelum minggu orientasi bermula.

Menurut Norman, minggu tersebut cukup sibuk kerana dia membantu Danisha menyiapkan hampir 180 senarai semak dan ‘wishlist’ sebelum hari pertama orientasi.

Segala urusan dipermudahkan apabila mereka berjaya menyelesaikan 179 daripada keseluruhan senarai tersebut. Dalam masa sama, Norman turut berseloroh mengenai jumlah barang yang dibawa anaknya ke universiti.

Katanya, dia sudah berpesan supaya membawa barang sekadar yang perlu, namun Danisha mempunyai alasan tersendiri.

“Papa advised barang-barang bawa sikit-sikit tapi dia cakap, ‘Papa ni, baby kan girl. Kalau boy tak apa bawa sikit-sikit.‘”

Norman turut bergurau melihat barang-barang anaknya yang terlalu banyak sehingga kelihatan seperti ingin belajar selama 16 tahun di kampus.

Minta Papa Teman Bermalam Di Kampus Selepas Daftar Universiti

daftar universiti

Foto: Instagram @normanhakim_786

Lebih mencuit hati, Norman mendedahkan Danisha sempat memintanya bermalam di kampus kerana berasa gementar untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar universiti.

Namun, perkara itu tidak dapat dilakukan kerana ibu bapa hanya dibenarkan berada di kampus pada hari pendaftaran sahaja.

Apa yang lebih melucukan, Norman turut berkongsi bahawa pada malam pertama, dia terpaksa berpatah balik menghantar baki barang yang tertinggal selepas Danisha mengadu tidak dapat tidur.

Rupa-rupanya, teddy bear kesayangannya tertinggal.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai ibu bapa bersetuju bahawa walaupun sudah bergelar mahasiswi, seorang anak tetap akan menjadi “baby” di mata ibu bapanya.

Simpan Impian Graduasi Bersama Anak

daftar universiti

Foto: Instagram @normanhakim_786

Di sebalik kisah yang mencuit hati itu, Norman turut berkongsi impian yang cukup menyentuh hati.

Dia turut memaklumkan bahawa anak sulungnya, Marissa Dania, turut merancang menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi secara dalam talian dan luar kampus.

Norman berharap mereka dapat sama-sama menamatkan pengajian dan berkongsi pentas konvokesyen suatu hari nanti.

Netizen Terhibur Lihat Keakraban Dua Beranak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat hubungan akrab Norman dan Danisha yang penuh dengan usikan serta kasih sayang.

Ramai turut mendoakan agar Danisha dipermudahkan sepanjang pengajian, selain mendoakan impian Norman dan Marissa untuk menyambung pelajaran serta bergraduasi bersama menjadi kenyataan.

Perkongsian itu sekali lagi membuktikan bahawa walaupun anak sudah melangkah ke alam dewasa, kasih sayang ibu bapa tetap tidak pernah berubah, malah sentiasa menjadi tempat bergantung ketika memulakan fasa baharu dalam kehidupan.

Baca juga: Ramai Tak Sedar Solat Terlalu Laju, Tuma’ninah Rupanya Rukun Wajib Yang Tak Boleh Diabaikan!

Sumber: Instagram @normanhakim_786

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×