Khabar gembira mula dikongsi bakal jemaah haji 1448H & 1449H apabila ramai pengguna media sosial memaklumkan mereka telah menerima mesej tawaran haji daripada Lembaga Tabung Haji (TH).
Perkongsian itu tular selepas seorang pengguna Facebook, Farid Isa memuat naik tangkap layar mesej yang diterimanya dalam kumpulan Jemaah Haji Malaysia 1448H/2027M.
MESEJ TAWARAN HAJI UNTUK 1448H & 1449H

Perkongsian itu tular selepas seorang pengguna Facebook, Farid Isa memuat naik tangkap layar mesej yang diterimanya dalam kumpulan Jemaah Haji Malaysia 1448H/2027M.
“Buat yang masih menanti, jangan pernah berhenti berdoa. Rezeki untuk menjejakkan kaki ke Baitullah bukan tentang cepat atau lambat, tetapi tentang waktu terbaik yang Allah telah tetapkan. Semoga suatu hari nanti, giliran kita pula menerima panggilan yang sama. Aamin Ya Rabb,” jelasnya.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai apabila beberapa pengguna lain memaklumkan mereka menerima notifikasi yang sama.
“Alhamdulillah rasa macam baru sahaja terima sms dari TH. Saya baru sahaja sampai dari tanah suci tak sampai lagi seminggu TH dah sambung untuk haji 1448H TH memang tebaik,” luah Raja Intan Sariah
Dalam pada itu, pengguna bernama Halimah Jamal memberi nasihat kepada bakal jemaah haji untuk menjaga kesihatan dan mula mengamalkan gaya hidup sihat seperti berjalan 3 kilometer setiap hari.
“Kepada bakal-bakal haji, jaga pemakanan dan dah boleh mula briskwalk sekarang. Paling tidak 3km ke atas setiap hari. Kesihatan paling utama,” pesannya.

Sebelum ini, TH menjelaskan peringatan awal yang dihantar kepada bakal jemaah merupakan langkah proaktif bagi membantu mereka membuat persediaan untuk memenuhi syarat kemampuan (istito’ah) sebelum menerima surat tawaran haji.
Bakal jemaah disaran membuat persediaan dari segi kesihatan, kewangan, mengemas kini maklumat peribadi serta meningkatkan ilmu berkaitan fardu ain dan ibadah haji.
Mereka juga digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan lebih awal serta meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kerana ibadah haji memerlukan tahap ketahanan yang tinggi, termasuk berjalan sekitar 10,000 langkah atau kira-kira tujuh kilometer sehari ketika melaksanakan ibadah melontar jamrah di Mina.
Selain itu, TH menggalakkan bakal jemaah meningkatkan simpanan secara konsisten dengan memastikan sekurang-kurangnya RM15,000 berada dalam akaun sebagai penanda aras minimum kelayakan menerima surat tawaran haji.
Walaupun Kos Haji bagi musim 1448H/2027M masih belum diumumkan, kos haji musim 1447H/2026M iaitu RM33,300 seorang boleh dijadikan panduan awal untuk merancang simpanan pada masa akan datang.
Baca juga: “Anak Guam Saya Autistik” – Peguam Sahkan Suspek Kes Tikam Pelajar Adalah OKU
Sumber: Tabung Haji & Facebook Jemaah Haji Malaysia 1448/2027M
