Apabila bercerita tentang tumbesaran anak, kebanyakan ibu bapa lebih mudah melihat perubahan pada ketinggian dan berat badan. Namun terdapat satu perkembangan yang berlaku dengan lebih pantas tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar iaitu perkembangan otak.
Tahukah anda bahawa pada usia dua tahun, otak seorang kanak-kanak telah mencapai kira-kira 80% daripada saiz otak dewasa¹‚²‚³? Menjelang usia lima tahun pula, angka tersebut boleh meningkat sehingga hampir 90%.
Ini bermakna tahun-tahun awal kehidupan bukan sahaja penting untuk pertumbuhan fizikal, malah menjadi tempoh kritikal dalam membina asas pembelajaran, memori, komunikasi dan perkembangan emosi. Oleh itu, memahami keperluan perkembangan otak pada fasa ini dapat membantu ibu bapa membuat pilihan yang lebih tepat untuk menyokong potensi anak.
“Golden Window”: Asas bina masa depan

Ramai ibu bapa menyangka proses pembelajaran sebenar hanya bermula apabila anak melangkah ke tadika atau sekolah. Hakikatnya, ia bermula sejak 5 tahun terawal.
Setiap pengalaman harian kecil adalah “batu bata” yang membina otak mereka:
- Mendengar suara dan bualan ibu bapa.
- Bermain dan meneroka persekitaran.
- Membaca buku bersama dan menyanyi.
Sebab itulah tempoh 5 tahun terawal digelar sebagai “Golden Window”. Ia bukan bertujuan untuk memaksa anak menjadi bijak dalam masa singkat, tetapi untuk membantu mereka membina asas sekukuh mungkin agar dapat terus belajar sepanjang hayat.
Bukan sekadar membesar, tetapi membina fungsi otak

Perkembangan otak bukan sekadar tentang saiz, tetapi bagaimana sel-sel otak berhubung untuk menyokong 5 fungsi harian utama anak:
- Memori: Keupayaan mengingati pengalaman dan maklumat baharu.
- Bahasa: Membantu mereka memahami perkataan dan berkomunikasi dengan jelas.
- Fokus: Kebolehan memberi perhatian ketika belajar atau bermain.
- Kawalan Emosi: Keupayaan mengenali, menerima, dan mengurus perasaan sendiri.
- Keupayaan Pembelajaran: Asas penting untuk perkembangan akademik dan kemahiran hidup.
4 tiang utama perkembangan otak yang optimum

Tiada satu “jalan pintas” untuk memastikan otak anak berkembang dengan bijak. Sebaliknya, ia memerlukan gabungan 4 faktor penting yang saling melengkapi ini:
- Stimulasi yang konsisten: Luangkan masa berbual, membaca, dan bermain. Aktiviti yang ringkas tetapi dilakukan setiap hari adalah rangsangan terbaik untuk sel otak.
- Tidur yang mencukupi: Semasa tidur, otak anak bekerja keras memproses maklumat yang dipelajari sepanjang hari dan mengukuhkan memori mereka.
- Aktiviti fizikal & penerokaan: Apabila anak bergerak dan meneroka, mereka bukan sahaja melatih kemahiran motor, malah menggalakkan perkembangan kognitif melalui pengalaman sensori.
- Nutrisi sokongan minda yang tepat: Otak yang sedang berkembang pesat memerlukan “bahan api” yang betul. Nutrien seperti DHA dan MFGM merupakan nutrien yang penting untuk sokongan minda.
Sokongan nutrisi tepat bersama Enfagrow A+ MindPro

Sebagai ibu bapa, kita mungkin tidak boleh mengawal setiap perkara dalam persekitaran anak, tetapi kita boleh mengawal apa yang mereka makan.
Enfagrow A+ MindPro diformulasikan khas dengan MFGM Pro & DHA, membekalkan 8 nutrien sokongan minda yang* penting untuk menyokong perkembangan kognitif kanak-kanak yang sedang membesar*.
Gabungan mantap ini membantu menyokong potensi IQ (Bijak Intelek) dan EQ (Bijak Emosi) anak pada masa hadapan. Apabila nutrisi yang tepat digabungkan dengan stimulasi harian dan kasih sayang anda, anda sedang memberikan permulaan yang terbaik untuk masa depan mereka.
Selain itu, bersempena dengan World Brain Day, Enfagrow A+ bersama 30 orang doktor berkongsi fakta-fakta penting mengenai minda kanak-kanak.
Tonton Siri 30 hari, 30 fakta bersama pakar di bawah:
Sempena Hari Otak sedunia yang bakal berlangsung pada 22 Julai 2026, nantikan sesuatu yang istimewa dari Enfagrow A+, apabila mereka meneroka bagaimana otak anak anda berkembang dan belajar setiap hari.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Mari bersama-sama membina minda cerdas hari ini demi masa depan yang lebih cerah!
Dapatkan sampel Enfagrow A+ MindPro Langkah 3 (120g) hari ini.
Rujukan:
- Dobbing J, Sands. Arch Dis Child.
- Ge1. Data on file. Nutrition information panel on Enorgieff MK. AM J Clin Nutr.
- Harvard University. Brain Architecture.
*Compared to key growing up milk brands in the market as of May 2023.
Enfagrow A+ MindPro contains 8 types of brain-building nutrients from DHA and MFGM Pro. Research shows MFGM contain 7 types of brain lipids from milk. Reference: Rombaut et al. (2007), 90(4), 1662-1673.
**Meet expert recommended daily DHA intake by 3 servings per day. The Joint FAO/WHO Expert Consultation on Fats and Fatty Acids in Human Nutrition recommends daily dietary DHA intake of 10-12mg/kg body weight for children 12-24 months or 100-150mg DHA+EPA for children 2-4 years old. Reference: FAO 2010. Fats and fatty acids in human nutrition. Report of an expert consultation. FAO Food and Nutrition Paper no. 91. FAO: Rome.
***Claim based on 2023 MJN HCP Brand Health Tracker – wave 9 Report.
