Sebut sahaja fasal ‘gadjet’, mesti ramai mak-mak yang terus rasa seram sejuk, kan? Mana tidaknya, terbayang anak leka tengok skrin telefon pintar sampai dipanggil tiga empat kali pun buat derk sahaja.
Lambakan video pendek zaman sekarang pula buat kita risau tentang isu speech delay (lewat bertutur) dan masalah kurang fokus dalam kalangan kanak-kanak.
Tapi tahu tak mak ayah, sebenarnya tak semua gadjet itu ‘hantu’ atau membawa kesan negatif!
Dalam era digital ini, kita tidak boleh lari daripada teknologi. Kuncinya adalah kawalan dan pemilihan yang betul.
Jika kita bijak memilih, ada jenis gadjet yang direka khas sebagai mainan edukatif untuk merangsang sel-sel otak anak, melatih fokus, dan mengasah kreativiti mereka sejak kecil. Orang kata, ini barulah screen time yang berkualiti!
Jom kita tengok 5 gadjet mesra kanak-kanak yang rupanya sangat bagus untuk perkembangan otak si manja anda.
Baca juga: 6 Tips Mudah Nak Ajar Anak Tulisan JAWI, Biar Mereka Seronok Belajar, Baru Cepat Dapat!
Mengapa Stimulasi Otak Peringkat Awal Itu Penting?
Sebelum kita melihat senarai gadjet, kita perlu faham bahawa 90% daripada perkembangan otak anak berlaku sebelum mereka mencecah usia 5 tahun. Pada fasa ini, otak mereka seperti span, sangat cepat menyerap apa sahaja yang didengar, dilihat, dan disentuh.
Oleh itu, menyediakan persekitaran yang kaya dengan stimulasi adalah tugas utama kita. Gadjet interaktif yang betul mampu mengaktifkan pelbagai deria (multi-sensory) yang membantu membina sel-sel hubung (sinaps) dalam otak mereka dengan lebih cepat.
Gadjet Pilihan Untuk Merangsang Minda Kanak-Kanak
Berikut adalah antara gadjet moden yang bukan sahaja menghiburkan, malah bertindak sebagai ejen merangsang minda anak:
1. Kad Flash Audio Elektronik (Talking Flash Cards)
Sumber: Shein
Jika dahulu kita menggunakan kad imbasan kertas biasa yang mudah koyak dan basah, sekarang teknologi telah menaik taraf permainan ini. Kad Flash Audio Elektronik ini dilengkapi dengan peranti pembaca kad yang comel.
Anak hanya perlu memasukkan kad (contohnya gambar haiwan, buah-buahan, atau kenderaan), dan gadjet ini akan menyebut perkataan tersebut dengan sebutan yang jelas, siap dengan kesan bunyi sekali!
Bagaimana ia bantu otak anak: Gadjet ini merangsang perkembangan bahasa (linguistik) dan deria auditori anak secara serentak. Apabila mereka mendengar bunyi harimau mengaum diikuti perkataan “Tiger“, otak mereka akan membuat perkaitan (association) dengan lebih cepat. Ia sangat membantu untuk anak-anak kecil membina kosa kata (vocabulary) baharu dan membantu mengurangkan risiko speech delay.
2. Tablet Melukis LCD (LCD Writing Tablet)
Sumber :Shopee
Adakah dinding rumah anda dipenuhi dengan ‘hasil seni’ anak? Jangan marah dahulu, itu tandanya mereka sedang kreatif! Sebagai penyelamat dinding dan perabot anda, ganti kertas dengan Tablet Melukis LCD.
Gadjet ini menggunakan teknologi skrin yang tidak memancarkan cahaya biru (blue light) berbahaya, jadi ia sangat selamat untuk mata anak walaupun digunakan lama. Mereka boleh melukis, memadam dengan satu butang, dan melukis semula berulang kali.
Bagaimana ia bantu otak anak: Aktiviti melukis dan menulis secara bebas tanpa sekatan merangsang kreativiti dan imaginasi kanan otak. Selain itu, pergerakan memegang pen stylus pada skrin sangat bagus untuk melatih kemahiran motor halus serta koordinasi mata-tangan. Ini adalah latihan otot tangan yang sangat penting sebelum mereka belajar menulis menggunakan pensel sebenar di sekolah nanti.
Dapatkan juga di Shein
3. Kamera Digital Kanak-Kanak (Kids Digital Camera)
Sumber : Shopee
Jangan terkejut, kamera digital mini yang direka khas dengan sarung silikon tahan lasak ini bukan sekadar mainan kosong. Ia adalah gadjet sebenar yang membolehkan anak-anak merakam dunia di sekeliling mereka daripada perspektif mata mereka sendiri.
Bagaimana ia bantu otak anak: Apabila anak memegang kamera untuk mengambil gambar, mereka sedang melatih daya fokus, pemerhatian (observation skills), dan kesabaran.
Mereka akan belajar melihat perincian pada objek seperti warna bunga, bentuk kucing, atau ekspresi muka ibu. Proses ini mengaktifkan bahagian otak yang menguruskan visual-spatial dan emosi, sekaligus mengajar mereka menghargai persekitaran.
Dapatkan juga di Shein.
4. Audio Storyteller / Pod Cerita Audio
Sumber : Shopee
Berbeza dengan tablet biasa, Audio Storyteller ialah peranti berbentuk pembesar suara comel yang memainkan lagu kanak-kanak, zikir, atau cerita dongeng tanpa mempunyai sebarang skrin paparan visual. Anak-anak dikawal sepenuhnya menggunakan butang fizikal untuk memilih cerita yang mereka mahu dengar.
Bagaimana ia bantu otak anak: Ini adalah musuh utama kepada masalah attention span yang pendek akibat video pantas (seperti TikTok atau Reels). Apabila tiada visual di skrin, otak anak dipaksa untuk bekerja keras bagi membayangkan (visualize) jalan cerita tersebut dalam minda mereka.
Aktiviti mendengar secara aktif (active listening) ini melonjakkan daya imaginasi, memanjangkan tempoh fokus, dan menguatkan memori jangka panjang.
Dapatkan juga di Shein.
5. Blok Binaan Robotik Asas & STEM Toys
Sumber : Shein
Untuk anak yang berumur 4 hingga 7 tahun, permainan blok binaan yang boleh bergerak menggunakan arahan kod mudah (kebanyakannya screen-free coding) adalah satu pelaburan yang sangat berbaloi. Anak-anak perlu menyusun blok mengikut urutan warna atau anak panah tertentu untuk menggerakkan robot mainan tersebut.
Bagaimana ia bantu otak anak: Ini adalah asas kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Gadjet jenis STEM (Science, Technology, Engineering, Math) ini merangsang pemikiran logik dan penyelesaian masalah (problem-solving).
Anak-anak belajar tentang konsep ‘sebab dan akibat” contoh :
“Kalau abang susun anak panah ke kiri, robot akan pusing ke kiri.”
Jika robot salah arah, otak mereka akan dirangsang untuk berfikir secara kritikal bagi membetulkan kesilapan tersebut (debugging).

Walaupun gadjet-gadjet di atas dikategorikan sebagai alat bantuan komuniti dan pendidikan yang baik, peraturan rumah tetap perlu ada. Teknologi hanyalah alat bantuan, bukannya pengasuh anak (babysitter).
Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan di rumah:
1.Tetapkan Had Masa
Walaupun untuk gadjet tanpa skrin seperti audio storyteller, hadkan sesi bermain sekitar 30 hingga 45 minit bagi setiap sesi supaya anak tidak bosan.
2. Bermain Bersama (Co-playing)
Jangan biarkan anak bermain sendirian. Duduk bersama mereka, tanya soalan seperti, “Wah, comelnya gambar yang adik tangkap ni, gambar apa ni?” Interaksi dua hala ini yang sebenarnya melipatgandakan perkembangan otak mereka.
3. Imbangan Dengan Aktiviti Fizikal
Pastikan anak-anak tetap mempunyai masa untuk bermain di luar rumah, berlari, dan bermain tanah atau pasir untuk perkembangan motor kasar mereka.
Kesimpulan: Bijak Memilih Gadjet Untuk Anak Demi Masa Depan Minda Yang Sihat
Kesimpulannya, mak ayah tidak perlu bersikap anti-gadjet secara total. Apa yang penting adalah kebijaksanaan kita dalam menapis teknologi apa yang masuk ke dalam rumah kita.
Tukar peranti yang membuatkan anak pasif (seperti menonton video tanpa henti) kepada gadjet untuk anak yang bersifat interaktif dan mendidik. Langkah ini pastinya membantu menyuburkan perkembangan otak anak dengan cara yang sihat, selamat, dan menyeronokkan!
Selamat mencuba, Mama dan Papa!
DA
