Euforia Bola 2026
Inspirasi

“Jarang Tengok Dia Senyum…” Cikgu Belikan Kasut Baru Buat Murid, Senyuman Ikhlas Ini Buat Ramai Sebak

KASUT SEKOLAH

Seorang guru meraih perhatian warga maya selepas berkongsi momen menyentuh hati apabila menghadiahkan sepasang kasut sekolah baharu kepada muridnya yang memakai kasut sudah rosak dan terkopak.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh pengguna Threads, Umarhanip 781, yang menunjukkan betapa besarnya makna sebuah bantuan kecil buat seorang kanak-kanak.

Baca juga: Tengku Natasya & Tengku Arif Bendahara Dikurniakan Puteri, Tengku Nadine Amina Zahra Jadi Tumpuan

KASUT SEKOLAH BAHARU BUAT ANAK MURID TERSENYUM

KASUT SEKOLAH

Menurutnya, murid berkenaan jarang dilihat tersenyum ketika berada di dalam kelas. Namun pada hari dia menerima kasut baharu, wajahnya berubah serta-merta dengan senyuman yang begitu ikhlas.

“Yeahhhh kasut terkopak koyak cikgu dah belikan yang baru!! Jarang tengok dia senyum dalam kelas, hari ini pertama kali nampak dia senyum. Stokin pulak tak ada. Nak kena ni… Tak kisah la nakal macam mana pun, keperluan sekolah tu tak boleh tengok kalau kurang sana sini,” jelasnya.

Perkongsian itu menyentuh hati ramai kerana menggambarkan masih ramai kanak-kanak yang datang ke sekolah dengan serba kekurangan. Bagi sesetengah keluarga, menyediakan keperluan asas persekolahan seperti kasut, stokin dan pakaian sekolah bukanlah sesuatu yang mudah.

Malah, guru berkenaan turut memohon agar orang ramai mendoakan dirinya supaya terus diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas agar dapat membantu lebih ramai murid yang memerlukan.

“Doakan saya sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Dalam susah kita, ada lagi yang lagi susah,” tambahnya.

KASUT SEKOLAH

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji keprihatinan guru tersebut. Ramai mendoakan agar segala kebaikan yang dilakukan dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda, selain berharap lebih ramai pihak tampil membantu murid-murid yang kurang bernasib baik.

Hakikatnya, kadangkala kegembiraan seorang kanak-kanak bukanlah datang daripada hadiah yang mahal. Sepasang kasut baharu atau sepasang stokin sudah cukup untuk mengembalikan keyakinan mereka ketika melangkah ke sekolah.

Semoga kisah ini menjadi peringatan buat kita semua bahawa sekecil mana pun bantuan yang diberikan, ia mungkin membawa kebahagiaan yang sangat besar kepada insan lain.

Baca juga: Tengku Natasya & Tengku Arif Bendahara Dikurniakan Puteri, Tengku Nadine Amina Zahra Jadi Tumpuan

Sumber: Threads Umarhanip

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×