Euforia Bola 2026
Famili

Susulan Hujan Lebat Landa Phuket, Beberapa Jalan Raya Ditenggelami Air…Orang Ramai Diminta Bersedia

Phuket banjir

Alamak, Phuket banjir ke?

Hujan lebat yang turun tanpa henti sejak awal pagi Rabu (1 Julai) telah menyebabkan beberapa kawasan di Phuket mula dinaiki air apabila dilaporkan berlaku di banyak lokasi utama, termasuk jalan-jalan sibuk dan kawasan tumpuan pelancong.

Baca juga: Ramai Impian Lepas Pencen Tinggal Di Kampung, Tapi Ini Kos Beli Tanah & Bina Rumah Sekarang

PHUKET BANJIR KE? ORANG RAMAI DIMINTA BERSEDIA!

Phuket banjir

Gambar Achadthaya Cheunniran.

Keadaan ini bertambah serius apabila sistem saliran tidak lagi mampu menampung jumlah air hujan yang turun secara berterusan, sekali gus menyebabkan banjir kilat di beberapa daerah.

JALAN UTAMA PHUKET MULA DITENGGELAMI AIR

Di kawasan Daerah Muang, antara lokasi yang terjejas termasuk:

  1. Menara Jam Surin Circle
  2. Hadapan restoran Kota Khao Mun Kai
  3. Lorong berhampiran Dara Hotel
  4. Persimpangan Dibuk Road
  5. Persimpangan tiga Thra Kraeng
  6. Persimpangan Lotus Samkong
  7. Laluan menuju Boat Avenue Mall
  8. Hadapan Wat Chalong

Sementara itu di Daerah Kathu, banjir turut dilaporkan di kawasan Patong termasuk sekitar Paradise Complex, berhampiran persimpangan balai bomba Patong dan di hadapan Wat Kathu.

Namun begitu, kawasan Daerah Thalang setakat ini dilaporkan tidak mengalami banjir.

Paras air Sungai Bang Yai melepasi 3 meter

Pihak Majlis Perbandaran Bandar Phuket telah mengeluarkan amaran kepada penduduk dalam kawasan pentadbirannya supaya memindahkan barang-barang penting ke tempat yang lebih tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.

Hujan lebat dijangka berterusan di seluruh pulau itu, manakala taburan hujan yang tinggi telah menyebabkan paras air di Terusan Bang Yai meningkat melebihi tiga meter.

Dalam masa sama, pihak berkuasa sedang mempercepatkan kerja-kerja saliran dan pengaliran air bagi mengurangkan kesan banjir terhadap penduduk.

Mereka yang berada di kawasan Majlis Perbandaran Bandar Phuket boleh melaporkan kecemasan banjir melalui talian hotline di 1132, atau Pejabat Pencegahan dan Mitigasi Bencana di talian 076-211111 atau 199.

Baca juga: Kanak-Kanak OKU Hilang Akhirnya Terjawab, Ditemui Meninggal Dalam Kebun Sawit

Phuket banjir

Gambar The Nation/Asia News Network.

AMARAN KEPADA PELANCONG & PENDUDUK

Sementara itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla turut menasihati rakyat Malaysia yang berada atau merancang untuk berkunjung di selatan Thailand supaya lebih berhati-hati susulan keadaan cuaca tidak menentu.

Di mana, amaran hujan lebat hingga sangat lebat dijangka melanda beberapa kawasan di negara itu dari 28 Jun hingga 3 Julai.

Keadaan cuaca itu berpotensi mengakibatkan:

  • Banjir kilat
  • Banjir
  • Aliran air deras dari kawasan hutan
  • Tanah runtuh
  • Ombak kuat di kawasan pesisir Laut Andaman

Orang ramai juga disaran untuk mengelakkan mengunjungi kawasan yang dikenal pasti berisiko seperti:

  • Air terjun
  • Gua
  • Lereng bukit
  • Sungai
  • Pantai

Situasi masih berkemungkinan bertambah buruk

Pihak berkuasa menjangkakan keadaan boleh menjadi lebih serius sekiranya hujan berterusan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Pemantauan 24 jam sedang dijalankan dengan fokus utama kepada kawasan rendah dan sistem saliran utama bandar Phuket.

Konsulat Jeneral Malaysia turut menggalakkan rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan insurans perjalanan yang bersesuaian sebelum memulakan perjalanan.

Hal ini bagi mengurangkan risiko kerugian atau kesulitan yang mungkin timbul akibat kejadian tidak dijangka sepanjang berada di Thailand.

Orang ramai serta pelancong dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa kerana keadaan boleh berubah dengan cepat bergantung kepada cuaca.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pegawai Bertugas Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menerusi talian +66 81-990-1930 atau e-mel di [email protected].

Baca juga: “Malu Pula Rasa…” Wanita Ini Baru Sampai China, Pemandu E-Hailing Terus Tunjuk Video Tular Rakyat Malaysia

Sumber: Bangkok Post / The Straits Times / Berita RTM

FT Image: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×