Euforia Bola 2026
Asuh

Anak Baru Nak Mula Susu Formula? Ini 6 Pilihan Popular Dalam Kalangan Ibu Ayah

Bukan mudah nak pilih susu formula untuk anak, apatah lagi bagi mereka yang pertama kali jadi ibu dan ayah, boleh pening kepala dibuatnya.

Bayangkanlah masuk saja farmasi atau pasar raya, ada satu rak penuh susu formula dengan pelbagai jenama dengan kelebihan tersendiri.

Ditambah pula, dengan rekomendasi dari rakan-rakan dan ahli keluarga. Makin keliru dibuatnya. Ada yang kata anaknya sesuai dengan susu A, ada pula yang kongsi pengalaman anak lebih serasi dengan susu B.

Realitinya, setiap bayi mempunyai sistem penghadaman dan keperluan nutrisi yang berbeza. Sebab itulah, susu yang sesuai untuk anak orang lain belum tentu sesuai untuk anak kita.

Sebab itu penting untuk ibu bapa mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pediatrik, selain melihat dan menilai kandungan nutrisi dalam setiap susu formula.

Jika anda masih mencari-cari susu yang sesuai untuk si manja, berikut adalah sebahagian jenama yang sering menjadi pilihan ibu bapa di Malaysia.

1. Anmum™ Infacare Step 1

Susu Formula

Anmum™ Infacare Step 1 diformulasikan khas untuk bayi sejak lahir sehingga usia 12 bulan yang tidak menyusu badan sepenuhnya atau memerlukan susu formula sebagai pelengkap.

Susu ini mengandungi pelbagai nutrien penting seperti DHA, ARA, kolina, zat besi serta nukleotida yang membantu menyokong perkembangan otak, penglihatan dan sistem imun bayi.

Selain itu, ia turut diperkaya dengan prebiotik bagi membantu menyokong keseimbangan bakteria baik dalam usus, sekali gus menyokong sistem penghadaman yang sihat.

Kenapa ramai ibu bapa memilihnya?

  • Mengandungi DHA & ARA.
  • Diperkaya dengan prebiotik.
  • Nutrisi lengkap untuk tahun pertama kehidupan bayi.

Dapatkan tawaran terbaik di Shopee & Lazada

2. ABBOTT Similac Step 1

Susu Formula

ABBOTT Similac Step 1 merupakan antara jenama yang cukup dikenali oleh ibu bapa di seluruh dunia.

Formulanya diperkaya dengan campuran prebiotik, DHA, lutein dan vitamin E semula jadi yang membantu menyokong perkembangan otak, mata serta sistem imun bayi.

Ramai ibu bapa turut memilih Similac kerana formulanya direka untuk memberikan nutrisi lengkap sepanjang tempoh tumbesaran awal bayi.

  • Mengandungi DHA dan lutein.
  • Diperkaya dengan prebiotik.
  • Menyokong perkembangan otak dan mata.

Dapatkan tawaran terbaik di Shopee & Lazada

3. Karihome Rumusan Bayi Langkah 1

Susu Formula

Kalau sebut susu kambing untuk bayi, Karihome merupakan antara susu formula yang menjadi sebutan ramai ibu bapa.

Karihome Rumusan Bayi Langkah 1 menggunakan susu kambing yang diformulasikan khas untuk memenuhi keperluan nutrisi bayi sejak lahir.

Ramai ibu bapa memilih susu kambing kerana ada bayi yang didapati lebih serasi dengannya. Namun begitu, kesesuaian tetap berbeza mengikut setiap bayi.

Selain membekalkan protein, vitamin dan mineral penting, Karihome turut mengandungi DHA, ARA serta prebiotik untuk menyokong tumbesaran si manja.

Sesuai untuk ibu bapa yang:

  • Ingin mempertimbangkan susu berasaskan susu kambing.
  • Mahukan nutrisi lengkap untuk bayi.
  • Mencari alternatif selain susu lembu.

Dapatkan tawaran terbaik di Shopee & Lazada

4. HiPP Bilac Organic Infant Formula

Susu Formula

Bagi ibu bapa yang mengutamakan produk organik, anda boleh cuba HiPP Bilac Organic Infant Formula.

Susu formula ini dihasilkan menggunakan bahan-bahan organik yang diperakui serta mengandungi DHA, vitamin dan mineral penting untuk menyokong perkembangan bayi.

Selain itu, HiPP turut menitikberatkan formulasi yang menyokong sistem penghadaman bayi agar mereka lebih selesa ketika melalui proses pembesaran.

Antara sebab ramai ibu bapa memilih HiPP ialah komitmen jenama ini terhadap penghasilan susu formula berasaskan bahan organik berkualiti.

Dapatkan susu HiPP Bilac Organic Infant Formula di Shopee & Lazada

5. Frisolac Rumusan Bayi (Step) 1

Susu Formula

Tak kurang popular, Frisolac Rumusan Bayi Langkah (Step) 1 juga merupakan antara pilihan ramai ibu bapa di Malaysia.

Susu ini menggunakan protein susu yang diproses dengan lebih lembut bagi membantu mengekalkan struktur semula jadi protein. Formulasi ini direka untuk menyokong penghadaman yang lebih selesa bagi sesetengah bayi.

Selain itu, Frisolac turut membekalkan DHA, vitamin dan mineral penting bagi menyokong tumbesaran harian.

Antara kelebihannya:

  • Protein susu diproses secara lembut.
  • Nutrisi lengkap untuk bayi.
  • Menyokong tumbesaran dan perkembangan awal.

Nikmati tawaran pada harga terbaik di Shopee dan Lazada

6. Dutch Lady 123

Susu Formula

Dutch Lady 123 diformulasikan untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun yang sedang melalui fasa aktif meneroka dan belajar.

Susu ini diperkaya dengan DHA, protein, kalsium serta pelbagai vitamin dan mineral penting yang membantu menyokong perkembangan fizikal dan mental anak.

Selain itu, ia juga mengandungi nutrien yang menyokong pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat, sekali gus membantu memenuhi keperluan pemakanan harian kanak-kanak.

Ramai ibu bapa memilih Dutch Lady kerana mudah didapati, mempunyai pilihan variasi yang pelbagai dan menawarkan nutrisi lengkap untuk anak yang sedang membesar.

Dapatkan susu Dutch Lady di Shopee & Lazada sekarang.

Macam mana nak pilih susu formula yang sesuai?

Walaupun terdapat banyak pilihan di pasaran, tiada satu susu formula yang boleh dianggap paling sesuai untuk semua bayi.

Semasa memilih susu formula, ibu bapa boleh mengambil kira beberapa perkara seperti umur anak, kandungan nutrisi, keserasian dengan sistem penghadaman serta nasihat daripada doktor atau pakar pediatrik.

Selepas menukar susu, perhatikan juga keadaan anak. Jika mereka menyusu dengan baik, aktif, membesar mengikut perkembangan usia dan kelihatan selesa, itu petanda susu tersebut mungkin serasi dengan mereka.

Namun, jika bayi mengalami muntah yang berterusan, alahan, cirit-birit atau sembelit yang berpanjangan, sebaiknya dapatkan pemeriksaan daripada doktor sebelum membuat pertukaran susu formula.

Ingat! Memilih susu formula sebenarnya bukan tentang mencari jenama yang paling mahal atau paling popular, tetapi mencari susu yang paling sesuai dengan keperluan anak.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu ayah membuat pilihan yang lebih yakin untuk si kecil.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×