Euforia Bola 2026
Nur

Masuk Pertengahan Tahun 2026, Luangkan 5 Minit Baca Doa-Doa Ini Selepas Solat

doa pertengahan tahun

Memasuki pertengahan tahun, ramai mengambil peluang untuk bermuhasabah serta memperbaharui azam agar baki perjalanan tahun ini menjadi lebih baik. Selain berusaha memperbaiki diri, antara amalan yang boleh dilakukan ialah membaca doa pertengahan tahun kepada Allah SWT agar segala urusan dipermudahkan, hati ditenangkan dan dikurniakan keberkatan.

Baca juga: UAI Dedah 6 Jersi Bola Sepak Yang Tak Elok Dipakai Umat Islam, Rupanya…Oh Nooo Abang Jangan Beli!

5 DOA PERTENGAHAN TAHUN BOLEH BACA SELEPAS SOLAT

doa pertengahan tahun

Gambar hiasan: Gemini AI

Islam mengajar umatnya supaya sentiasa berdoa kepada Allah SWT pada bila-bila masa, sama ada ketika senang mahupun diuji. Malah, doa merupakan salah satu bentuk ibadah yang sangat dianjurkan sebagai tanda pergantungan seorang hamba kepada Penciptanya.

Walaupun tiada doa khusus yang disyariatkan sempena pertengahan tahun, umat Islam digalakkan memperbanyakkan doa-doa yang bersumberkan al-Quran dan hadis pada bila-bila masa.

Berikut beberapa doa daripada al-Quran dan hadis yang boleh diamalkan dengan harapan agar baki tahun ini dipenuhi keberkatan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kebaikan dunia serta akhirat.

1. Doa memohon kebaikan dunia dan akhirat

Antara doa yang paling masyhur ialah firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 201:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab neraka.”

Doa ini sangat sesuai diamalkan kerana merangkumi permohonan kebaikan yang menyeluruh dalam kehidupan.

2. Doa memohon kemudahan urusan

Ketika berdepan pelbagai cabaran hidup, doa Nabi Musa AS ini juga sangat digalakkan:

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, lepaskanlah kekakuan daripada lidahku supaya mereka memahami percakapanku.” (Surah Taha, ayat 25-28)

Doa ini sering diamalkan ketika memulakan tugasan baharu, pembentangan, peperiksaan atau menghadapi urusan penting.

3. Doa memohon ilmu yang bermanfaat

Jika memasuki pertengahan tahun menjadi titik perubahan untuk memperbaiki diri, doa ini juga boleh diamalkan:

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا

Maksudnya: “Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu.” (Surah Taha ayat 114)

Doa yang ringkas ini mengingatkan kita bahawa ilmu merupakan bekalan penting dalam kehidupan.

Baca juga: Amalkan Satu Doa Ringkas Ini Tapi Besar Impaknya, Buat Anak Rajin Mendirikan Solat!

doa pertengahan tahun

Gambar hiasan: Gemini AI

4. Doa mohon rezeki yang baik dan berkat

Selain berusaha bersungguh-sungguh, kita juga digalakkan sentiasa memohon agar Allah mengurniakan rezeki yang halal dan diberkati. Antara doa yang boleh diamalkan ialah:

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Maksudnya: “Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal daripada yang haram, dan kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu sehingga aku tidak bergantung kepada selain-Mu.”  (Imam At-Tirmidzi, hadis no. 3563)

5. Perbanyakkan istighfar dan selawat

Selain berdoa, umat Islam juga digalakkan memperbanyakkan istighfar serta berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Amalan ini menjadi antara cara mendekatkan diri kepada Allah SWT di samping memohon keampunan atas segala kekurangan dan kesilapan yang lalu.

Baca juga: Musim Peperiksaan Dah Tiba…Ini Senarai Doa ‘Power’ Bantu Anak Skor, Mak Ayah Boleh Amalkan Bersama

Kesimpulan

Biarpun tiada doa khusus daripada al-Quran atau hadis sahih yang ditetapkan sempena memasuki pertengahan tahun. Justeru, umat Islam digalakkan membaca apa sahaja doa yang baik bersumberkan al-Quran dan sunnah, selain berdoa menggunakan bahasa sendiri dengan penuh keikhlasan.

Apa yang lebih penting ialah menjadikan pertengahan tahun sebagai ruang untuk bermuhasabah, memperbaiki amalan, memperbanyakkan ibadah serta terus berusaha menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Semoga baki perjalanan tahun ini dipenuhi rahmat, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan, rezeki yang halal serta pengakhiran yang baik di sisi Allah SWT.

Sumber: Portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×