Euforia Bola 2026
Rakyat

Hospital Queen Elizabeth Ulas Isu Tular, Orang Tidur Di Lobi Bukan Pesakit Menunggu Rawatan

Hospital Queen Elizabeth

Hospital Queen Elizabeth (HQE) tampil memberi penjelasan berhubung beberapa isu yang tular di media sosial selepas satu hantaran memaparkan suasana hospital pada waktu tengah malam hingga awal pagi, termasuk keadaan orang ramai yang tidur di lobi, tempoh menunggu di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD), operasi kantin serta masalah parkir.

Baca juga: Akhirnya Dibuka! LRT3 Shah Alam Mula Operasi 29 Jun, Ini Senarai Penuh Stesen & Harga Tambang Yang Ramai Tunggu

HOSPITAL QUEEN ELIZABETH BERI KENYATAAN TERHADAP ISU TULAR

Hospital Queen Elizabeth

Gambar tular: Situasi di lobi Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada waktu malam yang dijadikan ‘tempat tidur’ waris pesakit.

Menerusi kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), pihaknya menjelaskan semakan awal telah dilakukan dan beberapa maklum balas rasmi diberikan bagi menjelaskan keadaan sebenar di hospital berkenaan.

MAKLUM BALAS TERHADAP 4 PERKARA YANG DIBANGKITKAN

1.Tempoh menunggu di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD)

Pesakit di ETD dirawat berdasarkan tahap kecemasan melalui sistem triage dan bukan semata-mata mengikut nombor giliran. Kes yang lebih kritikal akan diberi keutamaan segera.

Pada malam berkenaan, perkhidmatan ETD berjalan seperti biasa dengan kehadiran pesakit berterusan.

Bagi Zon Hijau (Green Zone), seramai 42 pesakit direkodkan antara jam 9:00 malam hingga 10:00 pagi, dengan dua orang pegawai perubatan bertugas di zon tersebut.

2.Orang awam tidur di ruang lobi dan laluan hospital

Berhubung gambar yang memaparkan orang awam berehat atau tidur di ruang lobi dan laluan hospital pada waktu malam, semakan awal mendapati mereka bukan pesakit yang sedang menunggu giliran rawatan atau temu janji di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD).

Kebanyakan mereka merupakan waris, penjaga atau pengunjung yang datang dari luar daerah dan kawasan pedalaman, serta mempunyai kekangan untuk mendapatkan penginapan sementara di luar hospital.

HQE mempunyai balai pelawat. Walaubagaimana pun ianya masih tidak mencukupi untuk waris yang ramai. Pihak hospital memahami keadaan dan kesulitan yang dihadapi oleh waris pesakit, khususnya mereka yang datang dari jauh.

HQE akan terus memantau penggunaan ruang awam seperti lobi dan laluan utama bagi memastikan aspek keselamatan, kebersihan, keselesaan serta kelancaran pergerakan pesakit, waris dan petugas hospital sentiasa terpelihara.

Baca juga: BUDI Diesel & BUDI95 Digabung Mulai 1 Julai, Ini 5 Perkara Penting Yang Pasti Buat Rakyat Tersenyum!

Hospital Queen Elizabeth

Gambar tular: Situasi di dalam kawasan HQE pada lewat malam yang dijadikan ‘tempat tidur’ waris pesakit.

3.Operasi kantin hospital

Kantin HQE beroperasi 24 jam setiap hari, kecuali penutupan sementara pada setiap hari Sabtu bermula jam 12:00 tengah malam hingga 5:00 pagi bagi tujuan kerja-kerja pembersihan secara berjadual.

4.Isu parkir di kawasan hospital

JKNS mengambil maklum bahawa kemudahan parkir di kawasan HQE boleh menjadi terhad pada masa tertentu, khususnya apabila jumlah pesakit, waris dan pengunjung adalah tinggi.

Pihak hospital akan terus memantau aliran trafik dan pengurusan parkir dengan kerjasama petugas keselamatan bagi mengurangkan kesesakan setakat kemampuan fasiliti sedia ada.

Sebagai langkah penambahbaikan, HQE akan:

  • Memperkukuh pemantauan di kawasan lobi, laluan awam dan ruang menunggu pada waktu malam
  • Menyelaras semula maklumat berkaitan operasi kantin
  • Meningkatkan komunikasi kepada pesakit dan waris berhubung proses menunggu dan keutamaan rawatan di ETD.

JKNS dan HQE komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang selamat, berhemah dan berterusan kepada semua pesakit, di samping menambah baik kemudahan serta pengalaman orang awam dari semasa ke semasa.

Baca juga: Tak Perlu Lagi Beratur! Rapid Bulanan Digital Kini Boleh Diaktifkan Guna TNG eWallet, Ini Caranya…

Kenyataan itu menyusul sebagai maklum balas terhadap hantaran sebelum ini di Facebook mengenai keadaan di hospital itu pada tengah malam dan awal pagi yang antara lain memaparkan ramai orang tidur di kerusi menunggu di kawasan lobi dan koridor HQE.

Hantaran itu turut menyatakan situasi di ETD yang ramai pesakit menunggu giliran mendapatkan rawatan, manakala kantin dilaporkan tutup pada 12 tengah malam, selain masalah letak kereta.

Sumber: Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

FT Image: Medial Sosial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×