Euforia Bola 2026
Famili

1 Dalam 2 Ibu Bapa Risau Anak Terdedah Kepada Kandungan Tidak Sesuai. Pelan Mudah Alih Ini Mungkin Boleh Bantu

Pernah tak anda rasa risau setiap kali anak pegang telefon pintar? Mula-mula kita tengok mereka khusyuk tengok video pembelajaran atau lagu kanak-kanak. Tapi bila kita kalih sekejap ke dapur, entah macam mana algoritma internet bawa mereka ke video yang langsung tak sesuai dengan usia!

Bila fikir balik, risau dibuatnya. Nak disekat sepenuhnya, zaman sekarang semuanya perlukan internet untuk belajar. Sebenarnya, ibu bapa sekalian jangan risau… anda tidak berseorangan dalam dilema ini.

Menurut kajian Family Digital Confidence Survey oleh Tune Talk, 1 daripada 2 ibu bapa di Malaysia mengakui kandungan tidak mesra umur merupakan ketakutan nombor satu mereka apabila anak melayari internet. Apa yang lebih mengejutkan, hanya 3 daripada 5 ibu bapa saja yang betul-betul yakin mereka tahu cara nak pantau dan urus penggunaan telefon anak dengan baik.

Cabaran ibu bapa zaman sekarang bukan setakat hadkan screen time

Kalau dulu, kita cuma pening kepala nak hadkan berapa jam anak boleh main telefon dalam sehari. Tapi teknologi hari ini berubah terlalu pantas. Setiap hari ada saja aplikasi baru dan trend pelik yang muncul.

Sebab itu, cabaran kita sekarang bukan lagi setakat tengok screen time, tapi apa yang anak-anak kita tonton bila mereka online.

Keselamatan digital anak-anak sekarang dah jadi tanggungjawab bersama. Pihak sekolah dan komuniti pun dah mula bising tentang kepentingan internet yang selamat.

Memang betul, tiada apa yang boleh menggantikan komunikasi dua hala dan bimbingan daripada kita sebagai ibu bapa. Tapi, kalau ada ‘perisai ekstra’ yang boleh tolong pantau internet anak, mesti hati kita pun rasa lebih tenang dan lapang, betul tak?

Jom kenali Epik+ Family Safe: Tapis kandungan negatif secara automatik!

Kredit: Tune Talk

Faham akan keluhan mak-mak dan ayah-ayah, Tune Talk tampil memperkenalkan pelan prabayar keluarga Epik+ Family Safe. Bukan setakat bagi internet laju, tapi pelan ini siap ada ciri keselamatan digital terbina.

Perlindungan ini berfungsi pada peringkat rangkaian (network level). Bermakna, ibu bapa tak perlu pening kepala nak muat turun (download) aplikasi pihak ketiga pada telefon anak untuk pantau penggunaan internet anak.

Lebih menarik lagi,sistem rangkaian Tune Talk akan tolong tapis dan sekat kandungan yang berpotensi bahaya atau lucah secara automatik. Anak-anak pun tak boleh nak bypass atau padam fungsi ini sesuka hati!

Kawalan di hujung jari dengan One-Tap Parental Control

Kredit: Tune Talk

Melalui fungsi One-Tap Parental Control, ibu bapa boleh pilih tahap perlindungan yang sesuai mengikut umur anak masing-masing. Tekan satu butang je dekat telefon kita:

  • High Protection (Perlindungan Tinggi): Hanya membenarkan anak akses ke laman web yang betul-betul mesra kanak-kanak.
  • Medium Protection (Perlindungan Sederhana): Menapis kandungan matang dan berisiko, tapi anak masih boleh buka laman web pembelajaran dan hobi.
  • Low Protection (Perlindungan Asas): Perlindungan asas tanpa menyekat penggunaan internet harian (sesuai untuk anak yang lebih remaja).

Nota Mak-Mak: Pelan ini menyokong seorang ibu/bapa bersama seorang anak di bawah satu akaun. Nak aktifkan pun sangat selamat sebab perlukan pengesahan MyDigital ID serta sijil kelahiran anak. Tiada kes orang lain boleh ceroboh!

Hebat! Boleh tapis sehingga 56 kategori kandungan

Ikut tahap perlindungan yang kita pilih, pelan Epik+ Family Safe ini mampu menapis sehingga 56 kategori kandungan dalam talian yang tidak sesuai, termasuklah laman web scam/phishing atau kandungan ganas.

Malah, sistem penapisan Tune Talk ini bukan biasa-biasa tau. Mereka bekerjasama dengan organisasi keselamatan antarabangsa yang diiktiraf dunia seperti British Board of Film Classification (BBFC), Anti Phishing Working Group (APWG) dan National Centre for Missing &Exploited Children (NCMEC). Memang betul-betul premium perlindungannya!

Kredit: Tune Talk

Dahlah selamat, berbaloi pulak harganya! (Hanya RM80 sebulan)

Sebagai ibu bapa yang bijak merancang perbelanjaan, kita mesti nak tahu berbaloi ke tidak, kan? Dengan harga RM80 sebulan, ini pakej lengkap yang anda akan dapat untuk kegunaan ibu dan anak:

  • 700GB Data Bulanan (Boleh dikongsi bersama anak, puas hati layan internet!)
  • Panggilan Tanpa Had ke semua rangkaian.
  • Keahlian foodpanda pandapro (Bolehlah mak-mak tebus diskaun makanan & barangan dapur!)
  • Akses Nova Astrology.
  • E-Roaming Percuma untuk percutian
  • Insurans Kemalangan Diri (PA) sehingga RM500,000* untuk perlindungan tambahan keluarga.

Jika anda mahukan kemudahan dan nilai , Tune Talk ada pelan Epik+ Family bermula serendah RM128 sebulan.

Pakej ini lagi lumayan sebab dapat 1 talian utama + 4 talian tambahan (total 5 talian) dengan 1200GB data dikongsi bersama! Kelajuan internet pula super-pantas sehingga 900Mbps tanpa had. Malah, semua manfaat keselamatan digital di atas pun anda dapat sekali.

Apa yang pasti zaman sekarang, kita tak boleh nak sekat anak daripada dunia digital, tapi kita BOLEH kawal persekitaran digital mereka supaya lebih sihat.

Ketahui lebih lanjut tentang Pelan Epik+ Family dan Epik+ Family Safe daripada Tune Talk, serta bagaimana ia membantu melindungi anda dan insan tersayang.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×