Bayangkan senario ini: hujan renyai di luar, secawan teh panas di atas meja, dan drama Korea kegemaran anda sedang ditayangkan di skrin. Momen santai sebegini pastinya kurang lengkap tanpa kehadiran biskut kelapa kegemaran ramai.
Kini, suasana melayan drama Korea pasti lebih menarik apabila ‘oppa’ kesayangan ramai, Lee Minho, kembali menjadi wajah untuk Roma. Siapa sangka, bintang antarabangsa boleh ‘terjebak’ dengan biskut kegemaran yang selalu ada di rumah kita, kan?
Gandingan ini cukup mengejutkan, tetapi kedua-duanya berkongsi satu persamaan kuat kerana masing-masing mempunyai reputasi kuat, tidak pernah mengecewakan dan sentiasa memberikan kualiti terbaik buat peminatnya.
Roma kelapa rasa asli pilihan ‘Oppa’
Bagi kebanyakan daripada kita, biskut kelapa bukanlah sesuatu yang asing, malah sudah menjadi sebahagian daripada rutin dan gaya hidup harian. Sebagai salah satu jenama biskut paling kukuh di Asia Tenggara, Roma kelapa telah lama memahat reputasi sebagai pilihan utama keluarga kerana menggunakan kelapa asli terpilih dalam setiap adunan.

Memilih Lee Minho sebagai duta jenama Roma untuk Malaysia bukan sekadar strategi pemasaran tetapi daya tarikan universal pelakon tersebut mencerminkan dedikasi Roma dalam mengekalkan seni pembuatan biskut mereka.
Sentuhan moden bersama Lee Minho ini memberikan nafas baharu yang lebih segar, sekali gus membuktikan bahawa Roma kelapa juga mampu tampil di pentas dunia dengan penuh gaya.
Magis di sebalik celupan teh dan kopi
Satu perkara yang unik tentang budaya kita di Malaysia ialah cara kita menghargai kudapan terutamanya sewaktu minum petang atau sesi sembang santai bersama keluarga selepas seharian bekerja. Di sinilah Roma Kelapa memainkan magisnya sebagai pelengkap momen kebersamaan.
Kepingan biskut ini direka dengan tekstur yang sangat unik, ia rangup untuk dinikmati begitu sahaja sebagai pembekal tenaga segera. Rasa kelapa parutnya memang asli! Enak sangat! Namun, keterujaan sebenar bermula apabila ia dicelup ke dalam cawan teh atau kopi anda.
Kombinasi rasa teh dan kopi akan menaikkan lagi rasa asli kelapa pada biskut. Teksturnya akan bertukar lembut dan lebih mudah dinikmati.

Tak kisahlah anda sedang menikmati waktu me-time sambil melayan siri lakonan Lee Minho, atau sedang berkumpul mengelilingi meja makan menceritakan kisah harian, gandingan ini memberikan kebahagiaan dalam setiap gigitan.
Empat pilihan bungkusan berbeza
Roma Kelapa Original kini tampil dengan bungkusan baharu yang menampilkan Lee Minho, sekali gus memberikan wajah baharu kepada biskut yang telah menjadi kegemaran ramai sejak sekian lama. Ada 4 rekaan bungkusan berbeza untuk dipilih bagi pek biasa dan pek jumbo.

Gandingan biskut dan krim beri kepuasan berganda
Di sebalik penampilan baharunya, Roma Kelapa turut memperkenalkan inovasi baharu menerusi Roma Kelapa Cream. Gabungan biskut kelapa yang rangup dengan inti krim yang lembut, tersedia dalam pilihan perisa Vanila dan Coklat, memberikan pengalaman menikmati biskut yang lebih istimewa.
Rasanya pula cukup seimbang. Tidak terlalu manis, tetapi cukup lemak berkrim untuk dinikmati pada bila-bila masa, sama ada sebagai teman minum pagi, kudapan waktu petang atau ketika meluangkan masa bersama keluarga.
Tidak hairanlah Roma Kelapa terus menjadi pilihan ramai dari generasi ke generasi. Seperti slogan ikoniknya, “Sedap Dimakan, Enak Dicelup”. Sekali gus mengukuhkan reputasi sebagai biskut pilihan nombor satu sepanjang zaman.

Ingat! Kadangkala kenikmatan sebenar hadir daripada momen yang paling sederhana, seperti menikmati secawan teh atau kopi bersama sekeping biskut kelapa.
