Ramai ibu bapa menyangka perkembangan otak anak bermula ketika mereka masuk tadika atau sekolah. Namun tahukah anda 5 tahun terawal adalah fasa keemasan perkembangan kanak-kanak?
Dalam tempoh ini, otak kanak-kanak berkembang dengan sangat pantas. Mereka mula mengenal wajah dan membina memori setiap hari. Malah, kajian menunjukkan otak kanak-kanak membina sehingga 1 juta sambungan baharu setiap saat pada usia awal kehidupan¹,²,³.
Sebab itu, selain rangsangan seperti bermain, bercakap dan membaca bersama anak, pemakanan juga memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan tubuh badan dan otak mereka.
1. 5 tahun terawal kanak-kanak adalah tempoh “emas” untuk perkembangan otak
Menjelang usia 2 tahun, otak anak sudah mencapai sekitar 80% daripada saiz otak dewasa¹, ², ³.

Pada fasa ini, anak belajar dengan sangat cepat. Mereka mula memahami perkataan, mengenal emosi dan berfikir secara kreatif serta belajar menyelesaikan masalah mudah.
Aktiviti harian seperti menyusun blok, bermain bola dan membentuk dengan doh mampu merangsang otak untuk berkembang dengan lebih baik.

Bukan itu sahaja, pada usia ini juga anak-anak cenderung meniru perbuatan ibu bapa dan semakin kerap anak mengulang sesuatu aktiviti, semakin kukuh hubungan antara sel-sel otak mereka.
Sebab itu, ramai pakar menekankan kepentingan gabungan:
- rangsangan harian
- tidur yang mencukupi
- dan nutrisi sokongan minda yang tepat
Antara nutrisi yang sering dikaitkan dengan perkembangan otak kanak-kanak ialah Docosahexaenoic Acid (DHA) dan Milk Fat Globule Membrane (MFGM).
DHA membantu menyokong perkembangan otak dan visual, manakala MFGM membantu menyokong sambungan antara sel-sel otak. Gabungan ini penting dalam membantu proses pembelajaran, fokus dan perkembangan kognitif anak.
2. Tak semua susu formula kanak-kanak bekalkan nutrisi otak lengkap
Hari ini, ramai ibu bapa menitik beratkan kandungan nutrisi dalam susu. Mereka tidak hanya mencari susu yang mengenyangkan sebaliknya lebih peka terhadap kandungan nutrisi yang dapat menyokong perkembangan minda dan pembelajaran anak dalam jangka panjang.
Inilah yang menjadikan Enfagrow A+ MindPro antara pilihan yang mendapat perhatian ramai ibu bapa di Malaysia.
Enfagrow A+ MindPro merupakan satu-satunya jenama dengan ‘8 nutrien sokongan minda’* daripada gabungan MFGM Pro dan tahap DHA saranan pakar**.
Formulanya dirumus secara saintifik untuk membantu menyokong Fokus, Pemikiran dan Pembelajaran A+ anak-anak untuk perkembangan intelek yang lebih baik sepanjang proses tumbesaran.
Bagi kanak-kanak usia 1 hingga 3 tahun, Enfagrow A+ MindPro Langkah 3 dirumus secara saintifik untuk membantu perkembangan otak awal, termasuk menyokong pembelajaran, memori dan perkembangan bahasa.
Manakala untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas, Pengambilan Enfagrow A+ MindPro Langkah 4 menyokong perkembangan otak yang berterusan. Sokongan ini sangat penting kerana fungsi eksekutif otak kanak-kanak pada usia ini masih berterusan sehingga mereka berusia 18 tahun.
Menariknya, MFGM Pro dalam Enfagrow A+ MindPro turut dikaitkan dengan manfaat IQ dan EQ jangka panjang melebihi usia 5 tahun apabila diambil sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.
Selain itu, 3 hidangan Enfagrow A+ MindPro sehari membantu memenuhi tahap DHA saranan pakar**.
3. Perkembangan otak anak bermula daripada rutin harian

Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa perkara kecil yang anak lakukan setiap hari sebenarnya membantu perkembangan otak mereka.
Contohnya:
- belajar perkataan baharu setiap hari
- bermain imaginasi
- mengenali emosi
- memahami sebab dan akibat
Bahkan tepuk tangan mengikut rentak juga membantu perkembangan kemahiran berfikir.
Otak kanak-kanak sangat fleksibel dan sentiasa membina sambungan baharu berdasarkan pengalaman harian mereka.
Sebab itu, tempoh awal kanak-kanak sering dianggap sebagai “golden window” untuk membina asas pembelajaran, keyakinan diri dan perkembangan emosi mereka.
Dengan rangsangan yang betul, kasih sayang ibu bapa dan sokongan nutrisi yang sesuai, anak-anak dapat membesar dengan lebih yakin untuk meneroka dunia dan belajar setiap hari.
Tidak hairanlah Enfagrow A+ MindPro juga menjadi jenama No.1 yang disyorkan pakar di Malaysia***.
Sempena World Brain Day, Enfagrow A+ MindPro bersama 30 orang doktor berkongsi 30 fakta menarik tentang perkembangan otak kanak-kanak setiap hari, bermula 22 Jun 2026 hingga 21 Julai 2026.
Inisiatif ini bertujuan membantu lebih ramai ibu bapa memahami kepentingan nutrisi dan rangsangan yang menyokong perkembangan otak anak sejak usia awal kanak-kanak.
Selain itu, nantikan kemunculan sesuatu yang istimewa sempena sambutan World Brain Day, pada 22 Julai 2026 sebab Enfagrow A+ MindPro nak lancarkan sesuatu yang menarik khas buat ibu bapa dan kanak-kanak A+.
Ikuti kempen mereka sepanjang tempoh ini untuk menjadi antara yang terawal mengetahuinya.
Kerana masa depan Malaysia bermula dengan minda cerdas hari ini. Ingat, setiap langkah kecil dalam menyokong perkembangan otak anak sejak awal usia membantu mereka membina keyakinan, fokus, emosi dan potensi diri untuk masa hadapan.
Dapatkan nasihat pakar pemakanan dan mohon sampel Enfagrow A+ MindPro Langkah 3 (120g) hari ini.
Rujukan:
1) Dobbing J, Sands. Arch Dis Child.
2) Ge1. Data on file. Nutrition information panel on Enorgieff MK. AM J Clin Nutr.
3) Harvard University. Brain Architecture.
Penafian:
*Compared to key growing up milk brands in the market as of May 2023.
Enfagrow A+ MindPro contains 8 types of brain-building nutrients from DHA and MFGM Pro. Research shows MFGM contain 7 types of brain lipids from milk. Reference: Rombaut et al. (2007), 90(4), 1662-1673.
**Meet expert recommended daily DHA intake by 3 servings per day. The Joint FAO/WHO Expert Consultation on Fats and Fatty Acids in Human Nutrition recommends daily dietary DHA intake of 10-12mg/kg body weight for children 12-24 months or 100-150mg DHA+EPA for children 2-4 years old. Reference: FAO 2010. Fats and fatty acids in human nutrition. Report of an expert consultation. FAO Food and Nutrition Paper no. 91. FAO: Rome.
***Claim based on 2023 MJN HCP Brand Health Tracker – wave 9 Report.
