Euforia Bola 2026
Didik

Tular Video Murid Dipukul & Ditarik Rambut, Rupanya Bermula Selepas Pakaian Terjatuh Dari Tali Ampaian..

ditarik rambut

Kes murid ditarik rambut yang tular di media sosial sejak pagi Selasa, terus mendapat perhatian ramai selepas polis mendedahkan punca sebenar kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah asrama sekolah rendah di daerah Tenom, Sabah.

Baca juga: “Bukan Semua Ditulis Zara Qairina?” – Pakar Dedah Ada Bahagian Dalam Dokumen Dipercayai Ditulis Individu Lain

TULAR RAKAMAN MURID DITARIK RAMBUT

ditarik rambut

Gambar tangkap layar dari rakaman yang tular: Sinar Harian

Menurut Ketua Polis Daerah Tenom, Superintenden Azmir Abd Razak, siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku pada 11 Jun lalu dipercayai bermula apabila mangsa secara tidak sengaja terlanggar tali ampaian di asrama sehingga menyebabkan pakaian milik suspek terjatuh ke tanah.

Suspek yang dipercayai berang dengan kejadian tersebut kemudian memarahi mangsa sebelum menarik rambutnya dan membawa murid berkenaan masuk ke dalam bilik asrama.

“Suspek kemudian bertindak memukul, menyepak serta menarik rambut mangsa secara bertubi-tubi,” katanya.

Kemudian, menyebabkan murid Tahun Lima itu mengalami kecederaan retak pada kaki kiri serta sakit pada bahagian muka.

Dua murid rakam insiden guna telefon suspek

Siasatan polis turut mendapati dua murid perempuan lain dipercayai merakam kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit milik suspek atas arahannya sendiri.

“Dua hari selepas kejadian iaitu pada Sabtu, suspek telah memuat naik video yang dirakam oleh dua rakannya menggunakan telefon bimbit miliknya melalui status WhatsApp, sebelum memuat turunnya semula pada jam 3 petang,” kata beliau yang dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya lagi, mangsa tidak memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapanya ketika pulang ke rumah pada hujung minggu.

Bagaimanapun, bapa mangsa yang berusia 48 tahun membuat laporan polis pada jam 8 pagi semalam, selepas melihat rakaman video daripada sepupunya.

ditarik rambut

Gambar tangkap layar dari rakaman yang tular: Sinar Harian

Azmir berkata, pihaknya turut menjalankan siasatan berhubung video tular berkenaan termasuk sumber dan bagaimana ia disebarkan di media sosial.

Beliau memaklumkan hasil semakan mendapati rakaman yang tular itu memang sepadan dengan lokasi sebenar kejadian, dengan kesemua individu dalam video dikenal pasti berada di tempat kejadian sebenar.

“Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam asrama berkenaan,” katanya.

Seramai empat murid yang mengaku menyaksikan sendiri kejadian tersebut telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Suspek dan murid lain masih di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 325/507B Kanun keseksaan,” katanya.

Baca juga: [VIDEO] Pengawal Keselamatan Dijemput Ilahi Ketika Tahiyat Akhir Isyak, Anak Kongsi Amalan Arwah Bapa

Terdahulu, satu video berdurasi kira-kira satu minit 30 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang murid perempuan berada dalam keadaan menangis sambil rambutnya ditarik oleh seorang murid lain.

Berdasarkan rakaman, mangsa turut dipercayai digertak sebelum dibawa ke bilik air untuk mencuci muka selepas menangis.

Video itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang meluahkan rasa marah dan sedih melihat layanan diterima murid berkenaan.

Kejadian tersebut turut ditularkan di media sosial apabila seorang pemilik akaun mendakwa kejadian berlaku di Tenom dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan.

Susulan video yang tular, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kes tersebut pada Selasa dan membuka siasatan.

Dalam masa sama, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan awal mengenai kejadian berkenaan dan sedang menunggu laporan lengkap sebelum tindakan lanjut dapat diambil.

Sumber: Sinar Harian (1), (2)

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×