Euforia Bola 2026
40 Minggu

Lepas Czer, Nurse Selalu Tanya Ibu Dah Kentut Ke Belum? Rupanya Ini Sebab & Cara Mudah Buang Angin

kentut lepas czer

Bagi ibu yang pernah menjalani pembedahan caesarean, atau lebih dikenali sebagai czer, soalan tentang kentut lepas czer mungkin antara perkara yang paling kerap ditanya oleh doktor dan jururawat di wad.

Malah ada ibu yang berkongsi pengalaman tidak dibenarkan pulang selagi belum kentut selepas pembedahan. Kedengaran lucu, tetapi sebenarnya perkara ini mempunyai sebab perubatan yang sangat penting.

Baca juga: Dulu Biasa Makan Bila Demam & Selesema, Rupanya Bila Hamil…6 Ubat OTC Ini Tak Boleh Diambil Sesuka Hati!

SEBAB DISEBALIK KEPERLUAN KENTUT LEPAS CZER

kentut lepas czer

Gambar hiasan: Gemini AI

Semasa pembedahan czer dilakukan, ubat bius, manipulasi usus dan kesan pembedahan boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi perlahan buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai postoperative ileus, iaitu apabila usus “berehat” dan tidak berfungsi seperti biasa.

Apabila seseorang pesakit sudah mula kentut, ia menjadi petanda bahawa usus telah kembali bergerak dan sistem penghadaman mula berfungsi semula.

Sebab itulah doktor dan jururawat sentiasa bertanya, “Dah kentut belum?”

Kentut menunjukkan gas yang terkumpul dalam usus berjaya keluar, sekali gus mengurangkan risiko kembung perut, sakit abdomen, loya dan komplikasi lain selepas pembedahan.

Apa jadi jika lambat kentut?

Jika usus masih belum kembali berfungsi, pesakit mungkin mengalami:

  • Perut kembung dan tidak selesa
  • Rasa loya atau muntah
  • Kurang selera makan
  • Sakit perut
  • Sukar membuang air besar

Atas sebab itu, kebanyakan doktor akan memantau perkembangan pesakit sebelum membenarkan mereka pulang.

Baca juga: Mata Merah Teruk Macam ‘Sasuke’ Selepas Bersalin, Ibu Ini Cerita Kesilapannya Semasa Meneran!

kentut lepas czer

Gambar hiasan: Gemini AI

CARA MUDAH KENTUT LEPAS PEMBEDAHAN CZER

Kaedah disokong perubatan bagi mudah cepat kentut 

  1. Bangun dan berjalan perlahan-lahan: Pergerakan ringan membantu merangsang usus kembali aktif dan mempercepatkan pengeluaran gas dalam perut.
  2. Minum air secukupnya: Membantu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih baik serta mengurangkan risiko sembelit.
  3. Amalkan senaman pernafasan: Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan untuk membantu merangsang pergerakan usus.
  4. Kunyah gula-gula getah: Kajian menunjukkan amalan ini boleh membantu mempercepatkan pemulihan fungsi usus selepas pembedahan.
  5. Ikut nasihat pemakanan doktor: Mulakan pemakanan secara berperingkat seperti yang disarankan bagi mengelakkan tekanan pada sistem penghadaman.

Petua tradisional Melayu sering diamalkan

  1. Minum air halia suam: Dipercayai membantu mengurangkan rasa kembung dan membuang angin dalam badan.
  2. Bertungku: Memberikan keselesaan dan dipercayai membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat angin selepas bersalin.
  3. Berurut selepas mendapat kebenaran doktor: Ramai ibu berpantang mengamalkannya untuk membantu badan berasa lebih selesa dan segar.
  4. Minum air jintan manis: Petua tradisional yang sering diamalkan kerana dipercayai membantu mengurangkan angin dalam perut.
  5. Elakkan makanan yang menyebabkan angin: Seperti minuman bergas dan makanan tertentu yang boleh membuatkan perut lebih kembung.

Walaupun bunyinya sedikit memalukan, kentut lepas czer sebenarnya adalah petanda yang sangat dinanti-nantikan oleh doktor dan jururawat. Ia menunjukkan usus sudah kembali berfungsi selepas pembedahan dan proses pemulihan sedang berjalan dengan baik.

Jadi jika suatu hari nanti anda atau ahli keluarga yang bersalin secara czer ditanya berkali-kali sama ada sudah kentut atau belum, jangan terkejut dan bereaksi seperti biasa sahaja.

Baca juga: Jangan Ambil Jalan Singkat, JPN Kongsi Prosedur Sah Jika Hamil Luar Nikah & Kalau Tak Mampu Nak Jaga

Sumber: TikTok @drizzatwomenshealth / Facebook Dr Zharif Fertility / cochrane.org / hopkinsmedicine.org

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×