Euforia Bola 2026
Famili

11 Hari Ayah Hilang Selepas Keluar Cari Rumput, Mayat Ditemui Dalam Kebun Getah

KEBUN GETAH

Seorang lelaki berusia 58 tahun yang dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu ketika keluar mencari rumput untuk kambing peliharaannya akhirnya ditemui meninggal dunia di kawasan kebun getah di FELDA Teloi Timur, tengah hari tadi.

Mangsa, Asmadi Ibrahim, ditemui oleh penduduk kampung berhampiran motosikalnya yang turut berada di lokasi kejadian.

Baca juga: Bayi Sesak Nafas & Bertukar Biru Selepas Minum Susu Formula! Rupanya Dibancuh Dengan Jus Sayur

11 HARI AYAH HILANG, MAYAT DITEMUI DI KEBUN GETAH

KEBUN GETAH

Anak mangsa, Nurul Atirah Nadira, 23, berkata seluruh keluarga terkejut dengan penemuan tersebut, namun pada masa sama bersyukur kerana pencarian bapanya akhirnya menemui jawapan.

Menurutnya, sepanjang tempoh kehilangan itu, keluarga mereka tidak putus harapan dan sentiasa menanti sebarang perkembangan mengenai bapa tercinta.

“Sepanjang 11 hari ini kami sangat bimbang dan berharap ayah ditemui dalam keadaan selamat. Namun hari ini kami menerima berita yang amat menyedihkan,” katanya.

Nurul Atirah berkata, dia menerima panggilan daripada penduduk kampung pada tengah hari tadi yang memaklumkan penemuan bapanya. Ketika itu, dia berada di Kuala Lumpur dan berita tersebut mengejutkan seluruh ahli keluarga.

“Saya dan suami memang sudah merancang untuk pulang ke kampung, dan selepas menerima berita ini kami akan segera pulang hari ini,” tambahnya.

KEBUN GETAH

Tambahnya, kali terakhir dia bertemu arwah adalah ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini, ketika Allahyarham kelihatan ceria bersama cucu-cucunya.

Menurutnya, ada juga penduduk kampung yang terserempak dengan arwah pada 5 Jun lalu ketika menghadiri solat Jumaat di masjid, namun tiada sebarang perubahan ketara pada dirinya ketika itu.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa keadaan bilik arwah di rumah keluarga dalam keadaan kemas dan teratur ketika pemeriksaan dilakukan oleh pihak berkuasa selepas kehilangan dilaporkan.

“Walaupun sedih kerana ayah pergi tanpa kami di sisi, kami reda dengan ketentuan Allah. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Teloi Timur selepas urusan selesai,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki hilang selepas keluar mencari rumput untuk ternakan kambingnya, sebelum ahli keluarga membuat laporan polis bagi mengesan keberadaannya.

Baca juga: Suami Buat Jadual KPI Bulanan Untuk Isteri, Warganet Kecam Layan Pasangan Macam Orang Gaji!

Sumber:  Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×