Kalau anda terlepas perkembangan terkini sepanjang minggu ini, jangan risau. Terdapat beberapa bantuan kerajaan dan pengumuman penting yang melibatkan rakyat Malaysia termasuk penerima bantuan, pelajar, penjawat awam serta pemilik kenderaan.
Berikut antara perkara penting yang wajar anda ambil tahu.
SENARAI BANTUAN KERAJAAN & PENGUMUMAN PENTING MINGGU INI (16 JUN 2026)
1. Rebat insurans sehingga 10% melalui Cermat MADANI
Menerusi inisiatif Cermat MADANI, pemilik kenderaan boleh menikmati rebat premium insurans sehingga 10% sebagai ganjaran kepada pemandu yang mengamalkan pemanduan berhemah.
Bagi fasa pertama, semua pengguna yang memperbaharui insurans melalui aplikasi MyJPJ layak menerima rebat tanpa syarat sehingga 9 September 2026.
Fasa kedua pula, rebat diberikan berdasarkan profil risiko dan rekod pemanduan individu bermula 10 September 2026. Beberapa faktor akan diambil kira seperti rekod saman aktif, status senarai hitam, sejarah pematuhan undang-undang jalan raya dan tahap risiko pemandu berdasarkan data JPJ dan PDRM

2. Baucar Kita Selangor mula disalurkan hujung Jun
Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan bantuan Baucar Kita Selangor bernilai RM100 sebulan kepada 50,000 penerima yang layak bermula 30 Jun 2026.
Penerima terpilih akan menerima bantuan tersebut selama enam bulan sehingga Disember 2026. Golongan sasaran termasuk isi rumah miskin dalam e-Kasih, pekerja yang diberhentikan, ibu tunggal dan kumpulan rentan berdaftar dengan JKM.
Penerima yang layak akan terima SMS secara berperingkat mulai 23 Jun 2026. Penerima perlu buat pengesahan maklumat, kemukakan permohonan melalui Portal Baucar Kita Selangor dan sertakan dokumen sokongan.
Tunggu pengumuman rasmi Kerajaan Negeri pada 22 Jun 2026, sebelum buat apa-apa tindakan berkaitan program ni.
3. SMT kini dinaiktaraf menjadi SBP-T
Sembilan Sekolah Menengah Teknik (SMT) kini secara rasmi dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh Teknikal (SBP-T).
Penjenamaan semula ini dijangka memberi lebih tumpuan kepada bidang STEM dan teknologi bagi melahirkan tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri masa depan.
4. Keputusan STPM 2025 boleh disemak
Calon STPM 2025 boleh membuat semakan keputusan mulai 18 Jun 2026.
Semakan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal Majlis Peperiksaan Malaysia atau menggunakan perkhidmatan SMS yang disediakan.
Baca juga: Bukan Sikit Tapi Hampir 39,000 Pekerja Hilang Kerja 5 Bulan Pertama 2026, Majoriti Umur 25–39 Tahun!
5. Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan dan Rumah Tamu dibuka
Penjawat awam, pesara kerajaan dan kakitangan badan berkanun yang layak kini boleh membuat tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu (RT) bagi tempoh penginapan Julai hingga September 2026.
Tempahan dibuka mulai 18 Jun 2026 pada jam 12.00 tengah hari melalui https://promis.bph.gov.my/login .
Info lanjut di https://www.bph.gov.my/portal/rpp-laman-utama/ .

Facebook Bahagian Pengurusan Hartanah.
6. Pasport Malaysia tempoh sah 10 tahun diwartakan
Satu lagi berita yang mendapat perhatian ramai ialah pelaksanaan Pasport Malaysia Antarabangsa dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun. Inisiatif ini dijangka membantu rakyat mengurangkan kos serta kekerapan urusan pembaharuan pasport pada masa akan datang.
Pelaksanaan versi terbaharu ini pada asalnya dirancang bermula Jun, namun ditangguhkan bagi memastikan kelancaran operasi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kadar bayaran baharu ini, sila rujuk: https://siraplimau.com/perkara-penting-pasport-malaysia-10-tahun/ .
7. Permohonan MTD Tingkatan 1 dibuka
Bagi sesi pengambilan 2027, Maktab Tentera Diraja (MTD/RMC) akan membuka permohonan bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 mulai 14 Julai hingga 21 Ogos 2026.
Sebelum ini, pengambilan hanya melibatkan pelajar Tingkatan 4, menjadikan pengumuman ini antara perubahan penting dalam sistem kemasukan sekolah khusus.
Permohonan MTD 2026 boleh dilakukan melalui laman sesawang PKSK KPM seperti berikut:
- Tingkatan 4: spskt4.moe.gov.my
- Tingkatan 1: spskt1.moe.gov.my
Baca juga: Pasport Baharu Tangguh, Ini 10 Perkara Lain Mulai 1 Jun 2026 Akan Berubah Yang Rakyat Wajib Tahu
Sumber: Portal e-Central
FT Image: Gemini AI
