Euforia Bola 2026
Didik

Prestasi Bahasa Tamil & Bahasa Arab STPM 2025 Melonjak Dengan Cemerlang!

bahasa tamil

Bahasa Tamil dan Bahasa Arab muncul sebagai antara mata pelajaran yang mencatatkan peningkatan prestasi paling memberangsangkan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025.

Baca juga: Ini Cara Semak Keputusan STPM 2025, Mak Ayah & Anak Semua Boleh ‘Standby’ Pukul 11AM Kejap Lagi!

PRESTASI SUBJEK BAHASA TAMIL & BAHASA ARAB STPM 2025 MEMBERANGSANGKAN

bahasa tamil

Gambar Amir Khalid (Kosmo!): Md Amin (dua dari kanan) ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2025 di Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang hari ini.

Menurut Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff, dua mata pelajaran tersebut merekodkan peningkatan prestasi lulus penuh melebihi tiga peratus berbanding keputusan STPM 2024.

Ia menjadikan kedua-duanya antara subjek yang menunjukkan lonjakan prestasi paling ketara tahun ini.

Bagaimanapun, dua mata pelajaran iaitu Literature in English dan Bahasa Cina mencatatkan penurunan kadar lulus penuh melebihi tiga peratus berbanding tahun sebelumnya.

Baca juga: Bukan Lagi SM Teknik, 9 Sekolah Ini Kini Rasmi Berstatus Sekolah Berasrama Penuh Teknikal

Kesemua 23 mata pelajaran lepasi 70% lulus

Selain pencapaian cemerlang subjek bahasa Tamil dan Arab, STPM 2025 turut menyaksikan kesemua 23 mata pelajaran yang ditawarkan mencatat kadar lulus penuh melebihi 70 peratus.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 19 mata pelajaran mengekalkan prestasi hampir sama seperti tahun lalu dengan perbezaan kurang daripada tiga peratus.

Pencapaian ini menunjukkan tahap konsistensi yang baik dalam sistem pentaksiran STPM serta keupayaan calon untuk mengekalkan prestasi akademik yang memberangsangkan.

bahasa tamil

Gambar hiasan: Gemini AI

Sementara itu, MPM memaklumkan seramai 40,199 calon telah mendaftar untuk menduduki STPM 2025. Daripada jumlah itu, 38,144 calon atau 94.89 peratus hadir menduduki peperiksaan.

Sebahagian besar calon terdiri daripada aliran Sains Sosial iaitu seramai 35,774 orang, manakala 2,370 orang lagi daripada aliran Sains. Mata pelajaran Pengajian Am pula kekal menjadi subjek wajib dengan jumlah calon paling ramai iaitu 38,083 orang.

Lebih membanggakan, seramai 38,128 calon atau 99.96 peratus daripada mereka yang menduduki peperiksaan layak menerima Sijil STPM 2025.

Baca juga: ‘No Cable!’ – Ramai Tag Dr Asyraf Wajdi Tonton ‘Teach You A Lesson’, Rupanya Cara MRSM Tangani Buli Memang Sama

STPM terus diiktiraf di peringkat antarabangsa

Dalam perkembangan sama, MPM menegaskan bahawa standard STPM akan terus diperkasakan agar setanding dengan GCE A-Level melalui kerjasama strategik bersama Cambridge University Press & Assessment yang telah berlangsung sejak tahun 1980.

MPM juga akan meneruskan kerjasama dengan International Association for Educational Assessment (IAEA) bagi memastikan sistem pentaksiran negara sentiasa memenuhi piawaian pendidikan global.

Pencapaian bagi subjek bahasa dalam STPM 2025 bukan sahaja menjadi berita baik kepada calon yang mengambil subjek tersebut, malah membuktikan bahawa bahasa ibunda terus mempunyai tempat penting dalam sistem pendidikan negara dan mampu mencatat kecemerlangan yang membanggakan.

Sumber: Kosmo!

FT Image: Gemini AI / Kosmo!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×