Euforia Bola 2026
Sihat

“Bukan Sekadar Cepat Marah”– AADK Jelaskan Maksud Sebenar Keadaan ‘Kacip’ Yang Ramai Salah Faham

maksud kacip

Melalui satu perkongsian di media sosial, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ada menjelaskan maksud kacip di mana keadaan yang boleh menjadi petanda seseorang sedang mengalami kesan pengambilan bahan terlarang jenis perangsang.

Menurut AADK, walaupun istilah kacip bukanlah diagnosis perubatan rasmi, ia sering digunakan dalam kalangan masyarakat untuk menggambarkan perubahan tingkah laku dan fizikal yang ketara selepas seseorang mengambil bahan tertentu.

Baca juga: Bukan Sebab Umur Kalau Asyik Sakit Leher & Tangan! Sebenarnya Cara Pegang Telefon Boleh Jadi Punca

AADK JELAS MAKSUD KACIP, PERHATIKAN GEJALA INI

MAKSUD KACIP

Dalam bahasa orang awam, istilah kacip biasanya merujuk kepada keadaan seseorang yang kelihatan terlalu tegang, gelisah dan emosi tidak stabil.

Antara tanda-tanda yang sering diperhatikan termasuk:

  • Mata terbeliak
  • Rahang mengetap
  • Badan menjadi tegang
  • Sukar duduk diam
  • Suara meninggi
  • Cepat melenting atau marah
  • Berpeluh walaupun berada di tempat yang tidak panas
  • Bersikap terlalu curiga terhadap orang sekeliling

Keadaan ini sering dikaitkan dengan pengambilan bahan jenis stimulant seperti syabu, ice, amphetamine, MDMA, kokain atau campuran bahan lain yang mempunyai kesan serupa.

AADK menjelaskan bahawa bahan perangsang bukan sekadar menyebabkan seseorang berasa khayal atau high.

Sebaliknya, bahan tersebut bertindak merangsang sistem saraf pusat secara berlebihan sehingga menyebabkan otak dan tubuh berada dalam keadaan bekerja melebihi tahap normal.

MAKSUD KACIP

Kredit: Magnific

Akibatnya, beberapa perubahan fizikal dan emosi boleh berlaku seperti:

  • Aktiviti otak menjadi terlalu aktif
  • Degupan jantung meningkat dengan ketara
  • Otot menjadi tegang
  • Suhu badan meningkat
  • Emosi menjadi tidak stabil
  • Tahap kecurigaan meningkat

Disebabkan itu, perubahan yang berlaku sering kali dapat dilihat dengan jelas oleh ahli keluarga, rakan-rakan atau individu yang berada di sekeliling.

AADK menegaskan bahawa tindakan awal amat penting bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius. Sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat memainkan peranan besar dalam membantu individu yang berdepan masalah penyalahgunaan bahan terlarang mendapatkan rawatan dan pemulihan yang sewajarnya.

Sekiranya terdapat perubahan tingkah laku yang membimbangkan atau disyaki berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, orang ramai disaran mendapatkan bantuan serta nasihat daripada pihak yang berkelayakan secepat mungkin.

Pendekatan yang penuh empati dan tidak menghukum mampu membantu individu yang terlibat mendapatkan peluang kedua untuk kembali menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.

Baca juga: “Kalau Anak Selalu Tidur Mulut Ternganga & Berdengkur, Tolong Periksa” – Ibu Kongsi Pengalaman Anak Hidap OSA

Sumber: Facebook AADK Daerah Kuala Muda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×