Satu kejadian tragis yang menggemparkan penduduk di Taman Sepakat Indah 2, Kajang apabila seorang budak terjatuh dan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri, awal pagi Isnin.
Baca juga: Alarm Bunyi 10 Kali Pun Tak Bangun! Ini Drama Bangun Pagi Yang Ramai Orang Boleh ‘Relate’
BUDAK TERJATUH DARI TINGKAT TUJUH PANGSAPURI MAUT

Foto: Threads @_.xtw_.9
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi talian MERS 999 pada jam 7.12 pagi.
Susulan laporan diterima, sepasukan polis bersama petugas perubatan bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan dan tindakan lanjut.
Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa yang merupakan kanak kanak lelaki berusia 11 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialami.
“Hasil siasatan mendapati mangsa terjatuh dari sebuah apartmen dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Pegawai Perubatan yang hadir memberikan bantuan,” katanya.
Siasatan Masih Dijalankan

Foto: Threads @_.xtw_.9
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Blok AB, Apartmen Sri Lavender yang terletak di Taman Sepakat Indah 2.
Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut (SDR). Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan mendapatkan gambaran lengkap mengenai apa yang berlaku sebelum mangsa terjatuh.
Dalam masa sama, polis turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang berkaitan dengan kemungkinan unsur pengabaian terhadap kanak-kanak.
Menurut beliau, siasatan dijalankan secara menyeluruh termasuk mengambil keterangan individu berkaitan bagi membantu melengkapkan siasatan.
Keselamatan Kediaman Bertingkat Perlu Diberi Perhatian
Dalam kenyataan sama, polis menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak serta memastikan persekitaran rumah berada dalam keadaan selamat.
“Polis turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga sentiasa memastikan keselamatan anak-anak di kawasan kediaman bertingkat serta mengawasi pergerakan kanak-kanak di bawah pengawasan orang dewasa,” katanya.
Kejadian menyayat hati ini diharap menjadi peringatan kepada semua pihak supaya tidak mengambil ringan aspek keselamatan di rumah, terutama bagi mereka yang menetap di bangunan tinggi.
Sumber: Harian Metro
FT Images: Threads @_.xtw_.9
