Euforia Bola 2026
Nur

Gelak Mengilai Sampai Satu ‘Office’ Dengar Sebenarnya Boleh Gelapkan Hati, Ini Teguran Ustaz Wadi Annuar

gelak ketawa

Gelak ketawa merupakan perkara biasa dalam kehidupan seharian dan menjadi cara seseorang meluahkan rasa gembira. Namun, tahukah anda bahawa Islam turut menggariskan adab tertentu dalam bergurau dan ketawa agar tidak dilakukan secara berlebihan?

Baca juga: Surah Yang Dianjurkan Untuk Baca Ketika Ziarah Kubur, Cukup Ke Baca Al-Fatihah Sahaja?

GELAK KETAWA SAMPAI MENGILAI BOLEG GELAPKAN HATI

GELAK KETAWA

Dalam perkongsian tersebut, Ustaz Wadi menjelaskan bahawa ketawa yang terlalu kuat sehingga mengilai dan menarik perhatian ramai merupakan perbuatan yang tidak digalakkan.

Katanya, ada individu yang ketawa dengan begitu kuat sehingga boleh didengari oleh seluruh pejabat atau kawasan sekeliling. Malah, ada juga yang ketawa sehingga menyebabkan orang lain berasa kurang selesa atau takut melihat reaksinya.

Menurut beliau, ketawa seperti itu boleh memberi kesan kepada hati seseorang jika dilakukan secara berlebihan dan berterusan.

“Gelak yang macam itu adalah gelak yang boleh menggelapkan hati,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa ketawa secara sederhana adalah lebih baik berbanding ketawa yang melampau sehingga hilang kawalan dan adab.

Dalam pada itu, Ustaz Wadi turut menjelaskan bahawa Rasulullah SAW bukanlah seorang yang sentiasa serius sehingga tidak pernah ketawa.

Sebaliknya, Baginda SAW juga pernah ketawa dan bergurau dengan para sahabat, namun ketawa Baginda sentiasa dalam keadaan terkawal serta tidak berlebihan.

Menurut riwayat yang dikongsikan, kebanyakan ketawa Rasulullah SAW hanyalah sekadar senyuman yang menampakkan kegembiraan dan kelembutan akhlak Baginda.

GELAK KETAWA

Kredit: Gemini AI

Justeru, umat Islam disarankan untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan termasuk ketika bergurau dan ketawa.

Sederhana dalam semua perkara

Ketawa dan bergembira tidak menjadi kesalahan selagi tidak melalaikan, menyakiti orang lain atau dilakukan secara berlebihan.

Malah, para ulama sering mengingatkan bahawa terlalu banyak ketawa boleh menyebabkan hati menjadi keras dan mengurangkan sifat keinsafan dalam diri seseorang.

Oleh itu, tidak salah untuk bergurau dan ketawa bersama keluarga, rakan-rakan atau sahabat handai, namun biarlah ia dilakukan secara sederhana serta menjaga adab sebagai seorang Muslim.

Perkongsian Ustaz Wadi Annuar ini menjadi peringatan bahawa setiap perkara dalam kehidupan mempunyai batasnya, termasuk ketika kita bergembira dan meluahkan rasa gembira melalui ketawa.

Baca juga: “Tema Bunian & Hantu Sambutan Hari Jadi Disifatkan Kufur Nikmat”– Mufti Kelantan Tegur, Founder Berdepan Denda

Sumber: Ustaz Wadi Annuar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×