Euforia Bola 2026
Famili

Tular Rakaman CCTV Lelaki Tinggal Bayi Di Surau Dalam Beg Jinjing, Polis & Netizen Giat Cari Suspek!

TINGGAL BAYI DI SURAU

Orang ramai meluahkan rasa sedih susulan kejadian tinggal bayi di surau apabila seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan selamat oleh seorang jemaah di sebuah surau di Johor Bahru.

Penemuan tersebut kemudiannya dimaklumkan kepada pihak berkuasa selepas seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun yang juga seorang pemandu menyedari kewujudan bayi berkenaan sekitar jam 12 tengah hari di lokasi kejadian.

Baca juga: “Bagi Budak-Budak Main Kasut Roda” – Bapa Tegur Pemain Skateboard, Cetus Perdebatan Di Skatepark

LELAKI TINGGAL BAYI DI SURAU DIRAKAM CCTV

TINGGAL BAYI DALAM SURAU

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu daripada individu terbabit sebelum tindakan lanjut segera diambil.

Saksi berkenaan dilaporkan segera menghubungi Balai Polis Setia Indah serta Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan bantuan dan pengesahan keadaan bayi tersebut.

Hasil pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan mendapati bayi lelaki berkenaan berada dalam keadaan stabil, baik serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan awal turut mendapati seorang lelaki tempatan dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an disyaki telah meninggalkan bayi tersebut di kawasan berhampiran tabung surau sebelum beredar dari lokasi kejadian.

TINGGAL BAYI DALAM SURAU

Pihak polis kini sedang giat mengesan suspek terlibat bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana perbuatan meninggalkan kanak-kanak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki berbaju gelap dipercayai meninggalkan bayi berkenaan di kawasan surau tersebut, sekali gus mencetuskan perhatian orang ramai terhadap insiden berkenaan.

Baca juga: “Semuanya Kerana Cinta” – Coretan Dr Amalina Buat Dua Puteri Sempena Tamat Pengajian PhD Sentuh Hati Ramai

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×