Euforia Bola 2026
Asuh

“Acik Faham Jiwa Awak..”- Suasana Tenang Bertukar Cemas, Kanak Kanak Perempuan Tersangkut Pada Gelung Taman Permainan!

gelung taman permainan

Suasana tenang di kawasan Masjid Kampung Sri Aman, Puchong bertukar cemas apabila seorang kanak-kanak perempuan dipercayai tersangkut pada gelung taman permainan.

Baca juga: “Baru Lepas Solat Aidiladha…” Wanita Maut Dalam Kemalangan Di Machang, Suami Cedera Parah

BUDAK PEREMPUAN TERSANGKUT PADA GELUNG TAMAN PERMAINAN

gelung taman permainan

Foto: Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong

Kejadian itu menyebabkan orang awam dan ahli keluarga mangsa panik sebelum bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tidak dapat keluar.

Menurut laporan operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, sepasukan anggota dari Pasukan C telah dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berkaitan khidmat khas mangsa tersangkut.

Setibanya di lokasi, anggota bomba terus menjalankan pemeriksaan awal atau ‘size-up’ bagi mengenal pasti situasi sebenar dan tahap risiko terhadap mangsa.

Hasil pemeriksaan mendapati seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Melayu telah tersangkut pada gelung permainan,” menurut kenyataan operasi JBPM.

Difahamkan, mangsa dipercayai sedang bermain sebelum badannya tersepit dan gagal dikeluarkan sendiri, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga yang berada di lokasi.

Anggota Bomba Keluarkan Mangsa Dari Gelung Taman Permainan

Bagi memastikan keselamatan mangsa, anggota bomba mengambil pendekatan berhati-hati ketika menjalankan operasi menyelamat.

Pasukan bertugas dilaporkan mengangkat badan kanak-kanak tersebut secara perlahan sebelum cuba melonggarkan kedudukan badannya yang tersekat pada gelung permainan berkenaan.

Tindakan pantas dan teknik pengendalian yang dilakukan akhirnya berjaya mengeluarkan mangsa tanpa menyebabkan sebarang kecederaan.

Operasi itu turut mendapat perhatian orang ramai yang berada di kawasan masjid berkenaan dan ramai dilihat lega selepas kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan.

Mangsa Selamat, Diserahkan Semula Kepada Ibu

gelung taman permainan

Foto: Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong

Selepas berjaya dikeluarkan, mangsa didapati berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Kanak-kanak tersebut kemudian diserahkan semula kepada ibunya selepas operasi tamat sepenuhnya.

Walaupun kejadian itu tidak melibatkan kecederaan, situasi tersebut tetap mencetuskan rasa cemas memandangkan ia melibatkan kanak-kanak kecil dan peralatan permainan.

Orang Ramai Diingatkan Pantau Anak Ketika Bermain

Insiden itu turut menjadi peringatan kepada ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau anak-anak ketika bermain, terutama di kawasan permainan awam yang mempunyai struktur besi atau ruang sempit yang boleh mengundang risiko.

Kanak-kanak yang aktif dan gemar mencuba sesuatu kadangkala boleh terperangkap tanpa disedari, lebih-lebih lagi ketika bermain bersama rakan-rakan.

Baca juga: Petua Bawa Buah Limau Purut Pergi Hiking Untuk Elak ‘Diganggu’ Makhluk Halus, Mitos Atau Fakta? Ini Penjelasannya

Sumber: Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong

FT Images: Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×