Euforia Bola 2026
Dapur

Maryam Kongsi Resipi Kimchi Lobak Putih Yang Peram 2–3 Hari Dah Siap, Ramai Teruja Sampai Telan Air Liur!

kimchi lobak putih

Bagi pengikut pasangan pempengaruh “Durian Kimchi”, perkongsian resipi daripada Maryam You Narae sememangnya antara yang sering dinantikan. Terbaharu, Maryam berkongsi cara membuat kimchi lobak putih atau Seokbakji yang bukan sahaja nampak mudah, malah boleh dibuat menggunakan bahan yang senang dicari.

Baca juga: “Sweetnya…”- Menantu Minah Salleh Buat Sarapan Stail Malaysia Untuk Mak Mentua, Netizen Puji!

RESIPI KIMCHI LOBAK PUTIH OLEH MARYAM

kimchi lobak putih

Bagi yang mungkin belum mengenalinya, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam merupakan personaliti media sosial popular daripada pasangan “Durian Kimchi” bersama suaminya, Ryzal Ibrahim.

Mereka sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsian budaya, makanan Korea serta kehidupan keluarga di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram @maryamyunrrr kira-kira 23 jam lalu, Maryam berkongsi resipi Seokbakji, iaitu sejenis kimchi menggunakan lobak putih yang cukup popular di Korea Selatan.

Baca juga: Jangan Buang! Ramai Tak Tahu Kulit Tembikai Boleh Jadi Kerabu Sedap, Resipi Turun-Temurun Dari Mak

Apa itu seokbakji atau kimchi lobak putih?

Bagi peminat makanan Korea, selain kimchi kobis yang biasa dimakan, Seokbakji juga merupakan antara hidangan sampingan popular di Korea. Bezanya, versi ini menggunakan lobak putih yang dipotong kiub dan mempunyai tekstur lebih rangup selain rasa pedas masam yang cukup menyelerakan.

Malah, kimchi lobak putih ini cukup sesuai dimakan bersama nasi panas, ayam goreng Korea, ramen atau dijadikan lauk sampingan untuk pelbagai jenis hidangan.

Baca juga: Dapat 3K Perkongsian, Wanita Kongsi Cara Buat Jeruk Nanas Sedap “Masam, Manis & Pedas Menjadi Satu!”

kimchi lobak putih

Menurut perkongsian Maryam, berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan Seokbakji versi homemade.

Bahan-bahan:

  • 3 biji lobak putih (±2.5–3kg)
  • 180g gochugaru (serbuk cili Korea)
  • 150ml fish sauce
  • 3 sudu besar garam
  • 5 sudu besar gula
  • 10 ulas bawang putih cincang
  • ½ tin kecil air soda
  • 4 sudu besar tepung pulut

Untuk bancuhan tepung pulut, campurkan 2 sudu besar tepung pulut bersama 120ml air sebelum dimasak atas api kecil sehingga sedikit pekat. Selepas itu, biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dicampurkan ke dalam bahan kimchi.

Cara buat & tips peram bagi rasa lebih sedap

  1. Semua bahan hanya perlu digaul bersama sehingga sebati dengan lobak putih yang telah dipotong.
  2. Selepas siap digaul, peram pada suhu bilik selama dua hingga tiga hari sehingga rasa masam mula ‘naik’ dan sedap dimakan.
  3. Kemudian, simpan dalam peti sejuk supaya tekstur rangup dan rasanya dapat dikekalkan lebih lama.

Nampak macam mudah, kan? Jadi bagi peminat makanan Korea atau mereka yang teringin cuba buat kimchi homemade sendiri, mungkin boleh simpan resipi perkongsian Maryam ini untuk dicuba nanti.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Sumber: Instagram @maryamyunrrr

FT Image: Instagram @maryamyunrrr

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×