Gelagat seorang minah salleh yang bersungguh-sungguh menyediakan sarapan pagi khas buat ibu mentuanya dari Malaysia mencuri perhatian ramai di media sosial.
Bukan sekadar menu yang nampak menyelerakan, tetapi layanan penuh kasih sayang ditunjukkan wanita tersebut membuatkan ramai warga maya tersentuh.
Baca juga: Jangan Buang! Ramai Tak Tahu Kulit Tembikai Boleh Jadi Kerabu Sedap, Resipi Turun-Temurun Dari Mak
MINAH SALLEH BUAT SARAPAN STAIL MALAYSIA UNTUK MAK MENTUA DIPUJI

Instagram @squezetlee
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram oleh @squezetlee, wanita berkenaan dilihat menyediakan sarapan pagi cukup sinonim dengan rakyat Malaysia khas untuk ibu mentuanya.
Apa yang membuat ramai tersenyum, usaha tersebut jelas kelihatan dibuat dengan penuh teliti seolah-olah mahu menggembirakan insan tersayang.
Sanggup belajar buat sarapan gaya Malaysia untuk mak mentua
Dalam video berkenaan, antara menu yang mencuri perhatian ramai sudah tentu roti bakar kaya bersama telur separuh masak yang nampak cukup menyelerakan.
Cara penyediaannya juga kelihatan begitu kemas dan penuh usaha. Ramai berpendapat menu seperti itu memang antara sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia kerana ringkas tetapi cukup mengenyangkan.
Baca juga: Pendakwah Jelaskan Kenapa Daging Korban Perlu Masuk Chiller 7 Jam, Kemudian Baru Boleh Masak

Instagram @squezetlee
Warga maya tersentuh tengok hubungan mesra mentua dan menantu
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya memuji usaha wanita tersebut yang sanggup belajar menyediakan sarapan pagi gaya orang Malaysia demi menggembirakan ibu mentuanya.
Ada juga yang mengakui tersenyum melihat hubungan baik antara menantu dan keluarga pasangan kerana momen seperti itu jarang dikongsikan di media sosial.
Seorang pengguna berkata sarapan yang disediakan itu sangat sinonim dengan rakyat Malaysia, malah kehadiran kuih lapis di tepi hidangan membuatkan suasana sarapan itu terasa lebih ‘Malaysia’. Menurutnya lagi, kedua-dua mereka sangat bertuah jika hubungan saling menjaga seperti itu dapat dikekalkan.
Sementara itu, pengguna lain pula tertarik dengan cara wanita berkenaan mengaut baki putih telur yang masih tertinggal pada kulit telur kerana baginya, itu memang gaya orang Malaysia yang tidak membazir.
Tidak kurang juga yang perasan penggunaan minuman jenama tempatan dalam video tersebut sehingga ada yang berseloroh, “Memang sah dah macam orang Malaysia!”
Malah, seorang lagi warga maya berkata set pinggan juga cukup menggambarkan suasana sarapan pagi keluarga Malaysia. Ada juga yang memberikan ‘markah penuh’ sambil menyifatkan hidangan tersebut sebagai sarapan Malaysia yang cukup lengkap.
Baca juga: Dapat 3K Perkongsian, Wanita Kongsi Cara Buat Jeruk Nanas Sedap “Masam, Manis & Pedas Menjadi Satu!”
Momen kecil tapi buat ramai rasa terharu
Walaupun sekadar menyediakan sarapan pagi biasa di rumah, ramai merasakan tindakan itu sangat manis kerana dipenuhi dengan penghargaan dan kasih sayang.
Kadang-kadang, perkara kecil seperti menyediakan makanan untuk orang tersayang sebenarnya sudah cukup membuatkan seseorang rasa dihargai.
Perkongsian ini juga mengingatkan ramai bahawa makanan bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi boleh menjadi bahasa kasih sayang paling mudah dalam sebuah keluarga.
Lihat siaran ini di Instagram
Sumber: Instagram @squezetlee
FT Image: Instagram @squezetlee
