Tindakan tegas seorang pengetua sekolah menengah yang menutup pagar sekolah pada jam 7.30 pagi bagi menangani masalah ponteng telah mencetuskan perbincangan dalam kalangan masyarakat selepas munculnya kain rentang yang mengkritik langkah berkenaan sejak Sabtu lalu.
Baca juga: Saat Ditunggu Tiba! Semakan Kemasukan IPTA, Kolej Komuniti, Politeknik & MARA BPT Dibuka Hari Ini
PENGETUA SEKOLAH TUTUP PAGAR SEKOLAH 7:30 PAGI

Kain rentang yang dipasang berhampiran kawasan sekolah itu antaranya mendakwa pihak pentadbiran tidak adil dan menyekat hak pelajar untuk mendapatkan pendidikan, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai terutamanya golongan ibu bapa.
Walau bagaimanapun, tindakan tersebut difahamkan dibuat selepas pihak sekolah berdepan isu kehadiran pelajar yang rendah dan masalah ketepatan waktu yang berlarutan dalam tempoh tertentu.
Menurut maklumat, statistik kehadiran menunjukkan sebahagian pelajar kerap tidak hadir ke sekolah, dengan rekod ketidakhadiran yang melibatkan tempoh dari beberapa hari hingga lebih sebulan bagi segelintir pelajar.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, tindakan pengetua berkenaan dibuat selepas sekolah itu merekodkan kadar kehadiran murid paling rendah dalam daerah Jasin.
“Dalam tempoh empat bulan sahaja, seramai 429 pelajar direkodkan tidak hadir ke sekolah antara satu hingga 10 hari, 11 hingga 20 hari (88 pelajar), 21 hingga 30 hari (14 pelajar) dan 19 pelajar tidak hadir lebih daripada 30 hari.

“Keputusan menutup pagar pada pukul 7.30 pagi itu pula bukan dibuat sendiri oleh pengetua, sebaliknya dipersetujui dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” jelasnya.
Langkah penutupan pagar lebih awal itu juga dikatakan telah dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai usaha menangani disiplin serta memastikan kehadiran pelajar lebih terkawal.
Pihak berkaitan menjelaskan tindakan itu bukan bertujuan menghalang pelajar daripada hadir ke sekolah, sebaliknya sebagai pendekatan untuk mendidik disiplin dan menangani isu ponteng yang semakin membimbangkan pada masa kini.
Sumber: Kosmo
