Euforia Bola 2026
Didik

Saat Ditunggu Tiba! Semakan Kemasukan IPTA, Kolej Komuniti, Politeknik & MARA BPT Dibuka Hari Ini

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2026

Debaran ribuan lepasan SPM akhirnya terjawab apabila semakan keputusan UPU 2026 bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi MARA Bahagian Pendidikan Tinggi mula dibuka hari ini.

Calon boleh membuat semakan secara dalam talian bermula jam 12 tengah hari melalui portal rasmi UPUOnline serta aplikasi UPUPocket.

Baca juga: Rezeki Cikgu Di ‘Bumi Cameron Highlands’, Rumah Meriah Dengan Hadiah Hari Guru Hasil Segar Dari Kebun

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2026 BERMULA HARI INI, JAM 12 TENGAH HARI

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2026

Calon boleh membuat semakan keputusan bermula jam 12 tengah hari menerusi platform rasmi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Semakan keputusan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi UPUOnline. (Klik sini)

Selain itu, calon juga boleh membuat semakan melalui aplikasi mudah alih UPUPocket di telefon pintar.

Bagi calon yang berjaya menerima tawaran, pengesahan setuju terima perlu dibuat dalam tempoh 23 Mei 2026 hingga 31 Mei 2026

Pengesahan perlu dilakukan melalui laman sesawang rasmi universiti awam, politeknik, kolej komuniti atau institusi MARA BPT yang menawarkan tempat pengajian kepada calon.

Surat tawaran rasmi pula akan dikeluarkan bermula 23 Mei 2026 selepas calon membuat pengesahan menerima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Rayuan UPUOnline dibuka selama 10 Hari

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2026

Kredit: Magnific

Bagi pemohon yang tidak berjaya atau hanya menerima tawaran pengajian peringkat sijil sahaja, mereka dibenarkan mengemukakan permohonan rayuan melalui sistem UPUOnline.

Permohonan rayuan dibuka selama 10 hari bermula:

  • 22 Mei 2026 (Jumaat), jam 12 tengah hari sehingga 31 Mei 2026 (Ahad), jam 5 petang

Rayuan boleh dibuat menerusi portal rasmi dan rayuan ke Kolej Komuniti boleh dikemukakan terus kepada institusi berkenaan tanpa melalui sistem UPUOnline.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2026/2027 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian di UA, IPTA dan MARA BPT tidak dibenarkan.

Pemilihan rayuan pula tertakluk kepada kekosongan tempat yang tersedia mengikut program pengajian yang ditawarkan.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan UPUOnline boleh diajukan kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi melalui saluran berikut:

Selamat maju jaya, adik-adik!

Baca juga: “Layan Macam Anak Sendiri”- Bukan Sekadar Pengasuh, Setiap Hari Wanita Ini Masak Menu Sedap Sedap Untuk Anak Asuhan

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×