Euforia Bola 2026
Didik

Ramai Terkejut Tengok Komuniti G*y Semakin Terbuka Di Threads, Ini Cara Cegah Anak Dari Terjebak!

homoseksual

Sejak kebelakangan ini, ramai pengguna media sosial terutama di Threads meluahkan rasa terkejut apabila semakin banyak pengakuan terbuka berkaitan hubungan sejenis iaitu homoseksual, seks bebas dan gaya hidup songsang dikongsikan secara terang-terangan tanpa rasa segan.

Ada yang menganggap perkara itu sekadar “normalisasi”, malah tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman hubungan sesama jantina secara terbuka di ruangan komen dan ciapan harian.

Baca juga: Perlu Atau Tidak Isteri Minta Izin Suami Untuk Buat Korban? Ini Penjelasan Hukum Yang Buat Ramai Terkejut

HOMOSEKSUAL BERLELUASA, INI CARA CEGAH ANAK DARI TERJEBAK

homoseksual

Foto: Gemini AI

Perkembangan ini membuatkan ramai ibu bapa mula risau tentang pengaruh persekitaran digital terhadap anak-anak, khususnya remaja yang sedang membesar dan mudah terdedah kepada pelbagai bentuk kandungan tanpa tapisan.

Susulan itu, tular satu perkongsian daripada penceramah pendidikan seksualiti, Akhi Fairuz Al-Jengkawi, yang berkongsi beberapa panduan asas mendidik anak-anak agar menjaga batas pergaulan serta membina identiti seksual yang sihat sejak kecil.

Menurutnya, pendidikan seksualiti bukan sekadar bercakap soal hubungan intim, tetapi lebih kepada membentuk rasa malu, menjaga aurat, memahami privasi dan mengajar anak tentang sentuhan selamat.

Cara Didik Anak Supaya Tidak Terjebak Dengan Homoseksual

homoseksual

Foto: Facebook Akhi Fairuz

Terdapat beberapa langkah penting yang boleh diamalkan oleh ibu bapa bagi mendidik anak tentang batas pergaulan, privasi dan penjagaan aurat sejak kecil lagi.

1. Guna Nama Sebenar Anggota Sulit

Ramai ibu bapa gemar menggunakan istilah manja atau gelaran lucu untuk anggota sulit anak.

Namun, perkara itu boleh menyebabkan anak keliru dan sukar memahami pendidikan seksual yang betul apabila meningkat usia.

Anak sepatutnya diajar menyebut nama sebenar seperti zakar, penis, faraj atau vagina supaya mereka faham tentang tubuh badan sendiri dengan jelas dan tepat.

2. Ajar Konsep “Private Part” Sejak Kecil

Anak juga perlu didedahkan tentang bahagian tubuh yang tidak boleh disentuh orang lain seperti mulut, dada, paha, punggung dan kemaluan.

Mereka perlu faham beza sentuhan selamat dan tidak selamat.

Jika berlaku sentuhan mencurigakan, anak perlu diajar untuk menjerit, melarikan diri dan terus memberitahu orang dewasa yang dipercayai.

Lebih penting, anak perlu tahu bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi pelaku termasuk individu yang dikenali rapat.

3. Didik Tentang Privasi Bilik Ibu Bapa

Menurut perkongsian itu lagi, anak perlu diajar meminta izin sebelum masuk ke bilik ibu bapa terutama pada waktu tertentu seperti selepas Isyak, sebelum Subuh dan waktu tengah hari.

Konsep privasi ini penting supaya anak memahami batas aurat serta menghormati ruang peribadi ahli keluarga lain.

Apabila anak sudah baligh, ibu bapa juga perlu menghormati privasi anak dengan meminta izin sebelum memasuki bilik mereka.

4. Asingkan Tempat Tidur Anak

Pengasingan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan dianggap perkara penting yang sering dipandang remeh.

Walaupun tinggal dalam ruang terhad, anak-anak sebaiknya mempunyai tempat tidur berasingan dan tidak tidur berhimpit atau berkongsi selimut yang sama.

Tujuannya adalah untuk menjaga batas aurat serta mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya menjadi kebiasaan sejak kecil.

5. Terapkan Penjagaan Aurat dan Sifat Malu

Didikan tentang aurat dan sifat malu perlu dipupuk sejak awal usia, bukan hanya apabila anak meningkat remaja.

Rasa malu yang dibentuk dengan betul mampu menjadi benteng kepada perlakuan tidak bermoral serta membantu anak memahami batas pergaulan.

6. Kawal Penggunaan Gajet

homoseksual

Foto: Gemini AI

Perkembangan teknologi menyebabkan anak-anak hari ini sangat mudah terdedah kepada kandungan lucah dan seksual melalui telefon pintar.

Menurutnya lagi, ketagihan terhadap bahan lucah boleh mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku seksual remaja jika tidak dikawal dari awal.

Sebab itu ibu bapa disarankan memantau penggunaan internet, aplikasi media sosial serta kandungan yang ditonton anak-anak setiap hari.

7. Jaga Adab dan Batasan Ketika Di Asrama

Perkara paling dibimbangi menurut perkongsian itu ialah apabila anak mula tinggal di asrama tanpa pemantauan ibu bapa.

Budaya bergurau melampau, membuka aurat sesama rakan, tidur sekatil atau mandi bersama dianggap boleh menormalisasikan perkara yang tidak sihat jika dibiarkan berterusan.

Disebabkan itu, anak perlu dididik tentang batas pergaulan dan adab menjaga aurat sejak awal sebelum dihantar tinggal berjauhan daripada keluarga.

Media Sosial Kini Banyak Pengaruhi Cara Fikir Anak Muda

Hakikatnya, media sosial hari ini bukan lagi sekadar tempat hiburan, tetapi sudah menjadi ruang membentuk pemikiran dan gaya hidup generasi muda.

Apa yang dianggap “content”, “trend” atau “confession” oleh sesetengah pihak boleh memberi kesan besar kepada remaja yang masih mencari identiti diri.

Sebab itu ramai berpandangan bahawa ibu bapa tidak boleh lagi menganggap pendidikan seksualiti sebagai topik tabu, sebaliknya perlu mula berbincang secara sihat dan terbuka dengan anak-anak mengikut usia mereka.

Baca juga: Anak Kembar Dr Sheikh Muszaphar Raih Pingat Antarabangsa, Umur 4 Tahun Dah Mula Belajar Matematik

Sumber: Facebook Nik Fatma Amirah

FT Images: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×