Ramai pemilik bisnes kecil bekerja keras setiap hari untuk mengembangkan perniagaan mereka. Namun apabila tiba masa memerlukan modal tambahan, masih ramai yang berdepan pelbagai halangan.
Menyedari cabaran ini, GXBank tampil dengan GX Biz FlexiLoan, satu solusi yang direka untuk membantu pemilik bisnes milikan tunggal mendapatkan akses kepada pembiayaan dengan lebih mudah dan fleksibel.
Sistem lama menyukarkan pemilik perniagaan kecil
Bagi ramai pemilik bisnes milikan tunggal, realiti mengurus perniagaan hari ini tidak semestinya sama seperti syarikat besar.
Ada yang mengurus kedai online dari rumah, menjalankan perniagaan secara sambilan, menawarkan servis freelance atau mengusahakan perniagaan sendiri sepenuh masa.

Walaupun mempunyai aliran pendapatan yang konsisten, ramai masih berdepan cabaran untuk mendapatkan akses kepada pembiayaan kerana tidak mempunyai dokumen korporat yang lengkap atau rekod perniagaan yang panjang.
Akibatnya, ada yang terpaksa menangguhkan rancangan untuk menambah stok, menaik taraf peralatan atau mengembangkan perniagaan mereka.
Pendekatan yang lebih relevan untuk pemilik bisnes hari ini

Inilah sebabnya GXBank memperkenalkan GX Biz FlexiLoan, satu solusi pembiayaan yang direka khas untuk membantu pemilik bisnes milikan tunggal mendapatkan akses kepada kredit dengan lebih mudah.
Selari dengan semangat “Challenge The System” atau “Gegar Sistem”, GXBank mahu mencabar pendekatan lama yang sering menyukarkan usahawan kecil mendapatkan peluang yang sepatutnya mereka miliki.
Daripada hanya bergantung kepada dokumen perniagaan tradisional, GX Biz FlexiLoan turut mengambil kira data yang lebih relevan dengan cara ramai usahawan beroperasi hari ini.
Sebagai contoh, pemilik bisnes yang belum mempunyai akaun perniagaan boleh menggunakan penyata bank peribadi atau penyata bank perniagaan anda sebagai sebahagian daripada proses penilaian pembiayaan.
Tak perlu tunggu berminggu-minggu

Dalam dunia perniagaan, masa adalah aset yang sangat berharga.
Sebab itu GX Biz FlexiLoan menawarkan proses permohonan yang boleh dibuat secara digital dengan keputusan kelulusan yang boleh diterima dalam masa beberapa minit sahaja.
Antara manfaat yang ditawarkan termasuk:
- Kemudahan kredit sehingga RM150,000
- Kelulusan pantas dalam masa beberapa minit
- Tiada lawatan ke cawangan diperlukan
- Pengeluaran mengikut keperluan dalam had kredit yang diluluskan
- Tunai boleh diakses dengan segera
- Hanya bayar balik untuk jumlah yang dikeluarkan
- Kadar serendah 3.8% setahun (EIR bermula dari 7% setahun)
- Tempoh bayaran balik fleksibel sehingga 36 bulan
- Tiada caj penyelesaian awal
Sesuai untuk pelbagai keperluan bisnes
Sama ada untuk mengurus aliran tunai, menambah stok ketika musim jualan tinggi, membayar kos operasi, menaik taraf peralatan atau merancang pengembangan perniagaan, akses kepada dana yang cepat boleh membantu pemilik bisnes membuat keputusan dengan lebih yakin.
Dengan GX Biz FlexiLoan, GXBank mahu membantu lebih ramai usahawan kecil mendapatkan akses kepada pembiayaan tanpa perlu terhalang oleh sistem yang tidak lagi selari dengan realiti perniagaan masa kini.
GXBank solusi kewangan untuk pelbagai keperluan
Jika anda bukan pemilik bisnes tetapi sedang mencari solusi kewangan untuk kegunaan peribadi, GXBank turut menawarkan GX FlexiCredit yang direka untuk membantu individu mengurus keperluan kewangan dengan lebih fleksibel.
Untuk maklumat lanjut mengenai GX Biz FlexiLoan dan GX FlexiCredit, klik SINI.
