Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial satu dakwaan di mana wanita yang sedang berusaha untuk hamil boleh mengamalkan petua dengan membelai atau main janggut suami bagi meningkatkan kesuburan.
Perkongsian tersebut mencetuskan perbualan dalam kalangan netizen kerana ia dianggap unik dan tidak biasa didengar, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ia mempunyai asas daripada sudut kesihatan atau sekadar mitos yang beredar secara turun-temurun.
BETUL KE BELAI JANGGUT SUAMI TINGKATKAN HORMAN KESUBURAN

Kredit:: Magnific
Setakat ini, tiada bukti perubatan atau kajian saintifik yang mengesahkan bahawa sentuhan pada janggut suami mempunyai sebarang kaitan dengan peningkatan peluang kehamilan.
Menurut sumber kesihatan reproduktif, kesuburan pasangan bergantung kepada pelbagai faktor utama termasuk kesihatan ovulasi wanita, kualiti sperma lelaki, keseimbangan hormon, serta gaya hidup secara keseluruhan.
Dalam konteks perubatan, kesuburan wanita lebih dipengaruhi oleh:
- Kitaran ovulasi yang normal
- Kualiti dan kuantiti sperma
- Kesihatan sistem reproduktif wanita
- Pemakanan dan berat badan
- Tahap stres dan keletihan
- Faktor usia pasangan
Kesemua faktor ini memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kesuburan seseorang.
Kepercayaan ini dipercayai berpunca daripada interpretasi budaya yang mengaitkan janggut lelaki dengan hormon testosteron, iaitu hormon yang berkait dengan ciri-ciri maskulin.
Namun, dari sudut perubatan, tiada hubungan langsung antara janggut dan fungsi kesuburan, sama ada bagi lelaki mahupun wanita.
Pakar kesihatan menasihatkan agar pasangan yang sedang merancang kehamilan lebih menumpukan kepada penjagaan kesihatan secara menyeluruh, termasuk amalan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, serta mendapatkan pemeriksaan sekiranya mengalami kesukaran untuk hamil.

Petua tradisional tidak salah diamalkan sebagai sebahagian budaya, namun ia tidak wajar dijadikan kaedah utama tanpa sokongan bukti perubatan.
Secara ringkasnya, menyentuh atau membelai janggut suami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan peningkatan kesuburan isteri. Malah, walaupun janggut tersebut direbus atau dijadikan air minuman, ia tetap tidak akan memindahkan hormon testosteron ke dalam tubuh wanita.
Dari sudut pandang Islam, janggut mempunyai kedudukan dan keistimewaan tertentu, namun ia bukanlah ukuran utama dalam menentukan kualiti atau kedudukan seseorang dalam kehidupan. Ketiadaan janggut juga tidak menjadikan seseorang itu kurang bernilai atau hina di sisi agama mahupun masyarakat.
Baca juga: Bakal Pengantin Kena Siap Sedia! Bila Kahwin, Ini 9 ‘Culture Shock’ Yang Orang Tak Beritahu
Sumber: Facebook Dr Suhazeli Abdullah & Gleneagles
