Euforia Bola 2026
Famili

“Kalau Nak Serius, Tak Adalah..” – Siti Nurhaliza & Datuk K Tak Galak Anak Ceburi Dunia Seni Hiburan

anak siti nurhaliza

Anak Siti Nurhaliza sering menjadi perhatian ramai kerana membesar dalam keluarga seni terkenal tanah air, namun penyanyi nombor satu negara itu mengakui beliau tidak terlalu menggalakkan Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa untuk terlibat secara serius dalam dunia hiburan walaupun kedua-duanya menunjukkan minat terhadap muzik.

Menurut Biduanita Negara itu, beliau tidak menafikan bahawa bakat seni mungkin diwarisi oleh anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa, namun buat masa ini beliau lebih selesa jika minat tersebut dikembangkan sekadar sebagai aktiviti sampingan atau hobi.

Baca juga: Doktor Kongsi Serbuk Kayu Manis Boleh ‘Lawan’ Penyakit Cyst, Amalkan Selama 4 Bulan Pasti Ada Beza!

ANAK SITI NURHALIZA & DATUK K TAK DIGALAKKAN CEBURI DUNIA SENI

ANAK SITI NURHALIZA

“Saya tak berapa galakkan. Tapi tak boleh nafikanlah darah seni itu ada dalam diri dia tapi ayah dia pun lagilah tak galakkan,” jelasnya.

Dalam masa sama, Siti berkata beliau tetap memberi ruang kepada anak-anak untuk meneroka minat masing-masing termasuk mempelajari alat muzik seperti piano.

“Saya tak berapa galakkan. Tapi tak boleh nafikanlah darah seni tu ada dalam diri dia. Tapi ayah dia pun lagilah tak galakkan. Cuma kalau dah ada minat, tak apa. Dia boleh je nak belajar piano.

“Sekarang Afia belajar piano. Kalau dia nak menyanyi pun dia nyanyilah. Tapi saya tengok Afia ni dia jarang menyanyi. Dia tak seperti adik-adik. Adik dia setiap masa menyanyi. Adik dia pengkritik,” tambahnya.

ANAK SITI NURHALIZA

Menurut penyanyi berusia 46 tahun itu lagi, beliau tidak menghalang sekiranya anak-anak mempunyai kecenderungan terhadap bidang seni, namun belum tiba masanya untuk mereka benar-benar terjun ke dunia hiburan secara profesional.

“Kalau itu cara yang mereka suka, saya tak halang. Tapi kalau nak serius… tak adalah,” tambahnya.

Perkongsian Siti itu mendapat perhatian ramai yang memahami kebimbangan seorang ibu terhadap cabaran dunia hiburan, lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri sudah lama berada dalam industri seni tanah air dan memahami realiti kehidupan sebagai anak seni.

“Suka cara tokti, tak membelakangkan suami dalam banyak hal dalam membuat keputusan. Contoh yang sangat baik untuk kita ikut,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: Ramai Stres Ayam Masih Berdarah Lepas Goreng, Rupanya Ini Teknik Viral & Mudah Warganet Kongsi!

Sumber: TikTok Eraje

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×