Euforia Bola 2026
Didik

Dari Cikgu Biasa Jadi ‘Influencer’ Pendidikan, Ini 7 Guru Pempengaruh Malaysia Paling Ramai Pelajar Minat!

pempengaruh popular

Dunia pendidikan kini semakin berubah apabila ramai guru mula memanfaatkan media sosial untuk berkongsi ilmu dengan cara lebih santai dan dekat dengan masyarakat. Bukan sekadar mengajar di bilik darjah, golongan guru pempengaruh popular ini juga aktif menghasilkan kandungan pendidikan, motivasi dan tip pembelajaran yang membantu ramai pelajar serta ibu bapa.

Baca juga: KPM Umum 12 Inisiatif Sempena Hari Guru, Paling Menarik Anak Cikgu 10A SPM Boleh Dapat RM1K!

7 GURU PEMPENGARUH POPULAR MALAYSIA

pempengaruh popular

Gambar hiasan: Gemini AI

Menariknya, ada antara mereka berjaya meraih jutaan pengikut di TikTok selain mempunyai komuniti tersendiri di Facebook. Dengan pendekatan lebih santai dan mudah difahami, mereka membuktikan profesion guru juga mampu berkembang seiring dunia digital.

Berikut merupakan senarai 7 guru pempengaruh popular di Malaysia berdasarkan pengaruh dan jumlah pengikut di media sosial.

1. Ting Shi Qi (Ms Qiwiie)

  • Fokus: Pendidikan dan motivasi
  • Facebook: 626,000 pengikut
  • TikTok: 2.7 juta pengikut, 80.5 juta tanda suka

Antara guru paling popular di media sosial dengan jutaan pengikut.

2. Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim (Sir Asai)

  • Fokus: Bahasa Inggeris
  • Facebook: 59,000 pengikut
  • TikTok: 1.2 juta pengikut, 37.4 juta tanda suka

Terkenal dengan cara penyampaian Bahasa Inggeris yang santai dan mudah difahami.

3. Fathi Hussein (Sir Fathi)

  • Fokus: Matematik
  • Facebook: 2,900 pengikut
  • TikTok: 721,500 pengikut, 15.5 juta tanda suka

Terkenal dengan teknik matematik yang ringkas dan membantu pelajar memahami subjek sukar.

4. Saliza Ibrahim (Cikgu Zack Kirana)

  • Fokus: Bahasa Melayu
  • Facebook: 116,000 pengikut
  • TikTok: 391,300 pengikut, 6.4 juta tanda suka

Sering berkongsi teknik bahasa dan kandungan pendidikan yang dekat dengan pelajar.

Baca juga: 16 Idea Hadiah Hari Guru Paling ‘Confirm Cikgu Guna’ Dalam Kelas, Mesti Tersenyum Bila Nak Guna!

5. Mohd Fadli Mohamed Salleh

  • Fokus: Isu pendidikan dan Matematik
  • Facebook: 962,000 pengikut
  • TikTok: 311,600 pengikut, 1 juta tanda suka

Cukup dikenali kerana lantang membincangkan isu pendidikan semasa.

6. Nura Ezzatie

  • Fokus: Bahasa Korea
  • Facebook: 3,700 pengikut
  • TikTok: 189,000 pengikut, 6.2 juta tanda suka

Menjadi pilihan ramai khususnya peminat bahasa dan budaya Korea.

7. Sugumaran Subramaniam (Cikgu Suguz)

  • Fokus: Bahasa Melayu
  • Facebook: 12,000 pengikut
  • TikTok: 656 pengikut, 9,257 tanda suka

Aktif berkongsi kandungan pendidikan Bahasa Melayu.

Kehadiran guru-guru pempengaruh ini membuktikan profesion perguruan kini semakin relevan dalam dunia digital. Bukan sahaja menjadi pendidik di sekolah, malah ramai antara mereka berjaya menjadi sumber inspirasi dan rujukan kepada pelajar, ibu bapa serta masyarakat umum.

Baca juga: Permohonan Subsidi Yuran Anak Autisme Dibuka Hari Ini! Ibu Bapa Boleh Mohon Dengan Cara Ini

Sementara itu, berikut merupakan kedudukan 15 guru pempengaruh popular seperti disenaraikan Sinar Harian

pempengaruh popular

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Instagram

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×