Euforia Bola 2026
Asuh

Trend Guna Perkataan ‘Doh & Anjay’ Makin Merisaukan, Penceramah Minta Ibu Ayah Pantau Anak Sekarang!

bahasa kasar

Penggunaan bahasa kasar dalam kalangan kanak-kanak hari ini semakin membimbangkan terutamanya dengan pengaruh media sosial yang pantas menyebarkan pelbagai istilah dan slang viral.

Tanpa disedari, sebahagian perkataan yang digunakan itu bukan sahaja tidak sopan, malah boleh membawa maksud kurang baik serta bertentangan dengan adab percakapan yang dianjurkan dalam Islam.

Baca juga: “Layan Macam Anak Sendiri”- Bukan Sekadar Pengasuh, Setiap Hari Wanita Ini Masak Menu Sedap Sedap Untuk Anak Asuhan

PENCERAMAH TEGUR BAHASA KASAR JADI TREND BUDAK SEKARANG

BAHASA KASAR

Perkara ini dikongsikan oleh seorang penceramah yang juga Pengasas Muhammad Care Centre, yang menegaskan bahawa masyarakat perlu lebih berhati-hati dalam penggunaan perkataan yang menjadi ikutan ramai.

Menurutnya, terdapat beberapa istilah viral yang sebenarnya membawa maksud negatif atau tidak sopan, namun telah dinormalisasikan sehingga anak-anak kecil turut menggunakannya.

Antaranya termasuk penggunaan perkataan “doh” yang disangka sekadar slang biasa, sedangkan itu merupakan singkatan kepada perkataan yang membawa maksud kurang sopan.

“Eh cikgu bagi kerja sekolah semalam lah ‘Doh’. Apa ‘keunikan’ (pelik) daripada ayat tu? ‘Doh’ (jawab pelajar). Perkataan yang hujung sekali tu sayang. Ustaz dah bagitahu dah, ‘doh’ ni tiada maksud lain, ia singkatan bagi perkataan ‘bodoh’,” jelasnya menerusi video berkenaan.

Selain itu, istilah seperti “anjai” serta “6-7” juga disebut sebagai antara trend yang semakin kerap digunakan tanpa memahami asal usul dan makna sebenar di sebaliknya.

bahasa kasar

Sekadar gambar hiasan – Kredit (Gemini AI)

“Jangan sebut sesuatu perkara jika kita tidak tahu maksud dan asal usulnya. Jangan normalisasikan perkara yang boleh membawa kepada unsur tidak baik dalam percakapan harian,” katanya.

Dia turut mengingatkan bahawa Islam menitikberatkan adab dalam percakapan, termasuk larangan menyebut perkara yang sia-sia atau tidak membawa manfaat.

Peringatan ini selari dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra’ ayat 36 yang menegaskan agar manusia tidak mengikuti sesuatu tanpa ilmu dan pengetahuan yang jelas.

Sehubungan itu, masyarakat khususnya golongan muda dinasihatkan agar lebih berwaspada dalam mengikuti trend bahasa di media sosial, supaya tidak terbiasa dengan ungkapan yang boleh menjejaskan adab percakapan.

@eat.sleep.game.sunnah

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”😢😓 (Al Isra : 36) #pusattarbiahanakmuda #MuhammadCareCentre #TransitTerbaik #AdabDuluBaruIlmu #AyahSayaPengasuh @muhammadcarecentre @yaya @ainulmardhiah8785 @Syuja Luminous @rosazmiwahab @PAKCIK DAPURGAS @Ayam Goreng Chekgu @_syahrulmansyahar @Baba firdaus @nabella🍫 @sofia_ @Private Naim @عدلينا @farish syakirin @ermi.iryana

♬ original sound – Pengasuh Lelaki🇲🇾🍉 – Pengasuh Lelaki🇲🇾🍉

Baca juga: “Isteri Saya Bersalin Anak Perempuan Tapi..”- Bapa Cemas Anak Tertukar Dengan Bayi Lelaki & Ada Tag Nama Isteri!

Sumber: TikTok Pengasuh Lelaki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×