Kalau anda peminat makanan masam, pedas dan manis, cara membuat jeruk nanas yang dikongsikan oleh seorang wanita ini memang wajib dicuba. Resipi mudah ini bukan sahaja nampak menyelerakan, malah ramai yang mengakui sedap dimakan ketika sejuk.
Menerusi perkongsian Rozita Roslee, dia turut mengakui sudah berkali-kali menghasilkan jeruk nanas tersebut kerana rasanya yang cukup ‘ngam’ dan membuka selera.
Baca juga: Resipi ‘Bua Loy Pisang’ Comel, Cantik Macam Kuih Raya Tapi Rupanya Pencuci Mulut Lemak Manis!
CARA MEMBUAT JERUK NANAS SEDAP 3K PERKONGSIAN

Gambar: Rozita Roslee
“Banyak kali juga buat, memang sedap. Korang nak cuba tak?” tulisnya.
Apa yang menarik, bahan digunakan untuk membuat jeruk buah ini sangat ringkas dan mudah didapati di dapur. Sesuai dibuat untuk makan sendiri atau hidangan ketika berkumpul bersama keluarga.
Bahan-bahan:
Berikut merupakan bahan-bahan untuk menghasilkan jeruk nanas homemade ini:
- 1 biji nanas dipotong kecil
- 1 ketul gula nise
- 3 sudu gula
- 3 sudu cuka makan
- 1 sudu kecil garam
- Sedikit belacan
- 5 tangkai cili kering
- 2 cawan air masak
Cara penyediaan:
- Masukkan gula nise, gula, cuka makan, garam, belacan, cili kering dan air masak ke dalam pengisar.
- Kisar semua bahan sehingga sebati.
- Gaulkan bahan kisar bersama potongan nanas.
- Masukkan ke dalam balang bersih dan bertutup.
- Simpan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dimakan.
- Jeruk nanas lebih sedap dimakan ketika sejuk.
Menurut Rozita lagi, dia juga tidak pasti pemilik asal resipi tersebut kerana sudah lama menyimpan tangkap layar resipi berkenaan.
“Kalau ada tuan punya resipi terbaca.. Terima kasih share resipi,” tulisnya lagi.

Gambar: Rozita Roslee
Jeruk nanas sememangnya menjadi antara kudapan kegemaran ramai kerana gabungan rasa masam, manis dan pedasnya cukup membuka selera.
Selain mudah disediakan, jeruk ini juga boleh diubah mengikut citarasa masing-masing seperti menambah lebih cili untuk rasa pedas atau mengurangkan gula bagi yang kurang gemar manis.
Bagi penggemar makanan jeruk, resipi mudah ini bolehlah dicuba sendiri di rumah.
Baca juga: Tak Ramai Tahu Fungsi Gula Batu, Netizen Kongsi Rahsia Dapur Lama Masakan Jadi Lebih ‘Ummph’!
Sumber: Rozita Roslee
FT Image: Rozita Roslee
