Euforia Bola 2026
Sihat

Wabak Hantavirus Cetus Panik, KKM Pertimbang Ciri “Disease Tracker” Dalam MySejahtera

hantavirus

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan aplikasi MySejahtera akan ditambah baik dengan ciri penjejak wabak hantavirus menerusi menu Disease Tracker sekiranya keadaan memerlukan pada masa akan datang.

Baca juga: “Saya Enjoy!”- Ekspedisi Tengku Hassanal Daki Gunung Kinabalu Raih Ribuan Tontonan Live, Netizen Cakap Macam ‘Mendaki Bersama’

MYSEJAHTERA AKAN DITAMBAH BAIK DENGAN DISEASE TRACKER HANTAVIRUS

hantavirus

Foto: Gemini AI

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib, langkah itu bertujuan membantu orang ramai mendapatkan maklumat terkini berkaitan jangkitan hantavirus secara lebih mudah dan masa nyata, termasuk pengesanan kawasan berisiko atau hotspot jangkitan.

Beliau berkata, buat masa ini KKM masih memantau perkembangan wabak tersebut secara menyeluruh sebelum sebarang penambahan dilakukan dalam sistem aplikasi berkenaan.

Jika perlu, insya-Allah kami akan memastikan pengesanan jangkitan hantavirus disertakan dalam aplikasi MySejahtera,” katanya.

Menurut beliau lagi, pengalaman negara berdepan pandemik COVID-19 sebelum ini menjadikan pihak kerajaan lebih berhati-hati dalam menangani sebarang potensi ancaman penyakit berjangkit baharu.

Disease Tracker MySejahtera Kini Pantau Beberapa Wabak

Buat masa ini, menu Disease Tracker dalam aplikasi MySejahtera membolehkan pengguna memantau beberapa penyakit berjangkit yang berlaku di kawasan sekitar mereka.

Antara wabak yang sudah tersedia dalam sistem itu ialah:

  • Denggi
  • Tuberkulosis (TB)
  • Demam campak
  • Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)
  • COVID-19
  • Rabies manusia
  • Rabies haiwan

Sekiranya hantavirus dimasukkan kelak, pengguna dijangka boleh melihat maklumat berkaitan penularan wabak tersebut secara terus melalui aplikasi yang digunakan jutaan rakyat Malaysia ketika pandemik Covid-19 itu.

KKM: Penularan Hantavirus Masih Terkawal

Dalam perkembangan sama, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini memaklumkan bahawa KKM sedang memantau rapat perkembangan wabak hantavirus di peringkat global dan serantau.

Menurut beliau, pemantauan itu penting bagi memastikan kesiapsiagaan sempadan negara serta sistem kesihatan berada pada tahap tertinggi sekiranya berlaku sebarang peningkatan kes.

Setakat ini, keadaan masih dianggap terkawal walaupun terdapat beberapa kes jangkitan dan kematian dilaporkan di negara Barat.

Beliau berkata, hasil pemantauan bersama World Health Organization dan organisasi berkaitan mendapati wabak tersebut masih belum menunjukkan tanda penularan ke rantau Asia.

Apa Itu Hantavirus?

hantavirus

Foto: Reuters

Hantavirus ialah virus bawaan tikus yang boleh menjangkiti manusia melalui pendedahan kepada udara yang tercemar dengan:

  • Air kencing tikus
  • Najis tikus
  • Air liur tikus

Jangkitan biasanya berlaku apabila seseorang menyedut partikel tercemar di kawasan yang kotor atau dipenuhi najis haiwan pembawa virus tersebut.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan beberapa negara di Eropah meningkatkan langkah pemantauan selepas tercetusnya wabak hantavirus yang dikaitkan dengan kapal persiaran Belanda, MV Hondius.

Susulan itu, ramai mula memberi perhatian terhadap tahap kebersihan persekitaran serta langkah pencegahan awal bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit bawaan tikus tersebut.

Baca juga: Pelajar Tingkatan 4 & 5 Dari Keluarga B40 Bakal Nikmati Lesen Motosikal Percuma Menerusi MyB2S

Sumber: Bernama 

FT Images: Gemini AI dan Reuters

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×