Euforia Bola 2026
Nur

Bila-Bila Masa Nyawa Boleh Dijemput… Ini Doa Mohon Perlindungan Daripada Kematian Mengejut & Bala Musibah

kematian mengejut

Kematian mengejut adalah antara perkara yang paling ditakuti kerana ia boleh berlaku tanpa sebarang tanda, tanpa sempat bersedia dan tanpa peluang untuk mengucapkan selamat tinggal.

Dalam Islam, anda diajar untuk sentiasa memohon perlindungan daripada Allah SWT agar dijauhkan daripada sebarang musibah yang datang secara tiba-tiba termasuk kematian mengejut, kemalangan dan segala bentuk bahaya yang tidak disangka.

Baca juga: Ini Doa Yang Patut Dibacakan Untuk Jemaah Haji, Bukan Sekadar Hantar & Ucap “Selamat Pergi”

DOA DIJAUHKAN KEMATIAN MENGEJUT DAN KEMALANGAN

KEMATIAN MENGEJUT

Kredit: Magnific

Perkongsian oleh Ustaz Wadi Annuar menerusi laman Facebook beliau, mengenai sebuah doa ringkas namun sangat besar maknanya untuk diamalkan setiap hari agar dijauhkan daripada kemalangan, musibah dan perkara yang tidak diingini.

Doa tersebut ialah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ وَمِنَ التَّرَدِّي

Allahumma inni a’uzu bika minal hadmi, wa minat-taraddi

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ditimpa runtuhan dan daripada jatuh (kemalangan).” (Riwayat Abu Daud dan al-Nasaie)

KEMATIAN MENGEJUT

Doa ini sangat ringkas, namun mengandungi permohonan perlindungan yang menyeluruh daripada segala bentuk bahaya fizikal seperti bangunan runtuh, jatuh, serta kemalangan yang boleh berlaku tanpa diduga.

Dalam perkongsian tersebut, doa ini disarankan untuk diamalkan secara berterusan sebagai usaha kita memohon keselamatan daripada Allah SWT dalam setiap langkah kehidupan.

Hakikatnya, manusia hanya mampu berhati-hati, tetapi yang memberikan keselamatan sebenar hanyalah Allah SWT. Oleh itu, selain berusaha menjaga diri, kita juga digalakkan untuk tidak meninggalkan doa sebagai perisai diri daripada segala musibah.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua daripada sebarang bahaya, dijauhkan daripada kemalangan dan dikurniakan keselamatan dalam setiap urusan kehidupan.

Baca juga: Ramai Tertanya, Betul Ke Tak Boleh Bercakap Dengan Ahli Kubur Ketika Ziarah? Ini Penjelasan Mufti

Sumber: Facebook Ustaz Wadi Annuar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×