Euforia Bola 2026
Rakyat

Tak Ada Kerja Tetap Pun Boleh Ada Simpanan Persaraan, Ini Cara Mohon i-Saraan 2026 & Nikmati Insentif Kerajaan!

i-saraan kwsp

Ramai masih ingat KWSP hanya untuk pekerja tetap yang mencarum melalui majikan. Hakikatnya, golongan bekerja sendiri, peniaga kecil, freelancer, rider, suri rumah dan individu tiada pendapatan tetap juga boleh menyimpan untuk persaraan melalui program i-Saraan KWSP.

Lebih menarik, kerajaan meneruskan program i-Saraan bagi tahun 2026 dengan insentif padanan sebanyak 20%, tertakluk kepada had maksimum RM500 setahun dan RM5,000 sepanjang hayat.

Baca juga: Impian Timang Cahaya Mata Makin Dekat, 47,000 Pasangan Bakal Nikmati Bantuan Rawatan Kesuburan LPPKN

I-SARAAN KWSP 2026, INI CARA DAFTAR, SEMAK DAN KELEBIHANNYA

i-saraan kwsp

Foto: KWSP

Program ini dilihat sebagai antara inisiatif penting untuk membantu rakyat membina simpanan persaraan secara sukarela, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai caruman KWSP tetap setiap bulan.

i-Saraan ialah skim caruman sukarela KWSP yang diperkenalkan khusus untuk individu bekerja sendiri atau mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Berbeza dengan i-Suri yang mempunyai syarat tertentu seperti perlu berdaftar dalam e-Kasih, i-Saraan lebih terbuka kepada semua individu layak tanpa mengira jantina atau status pekerjaan.

Melalui skim ini, ahli boleh mencarum mengikut kemampuan sendiri dan dalam masa sama menerima insentif tambahan daripada kerajaan.

Golongan yang sesuai menyertai i-Saraan termasuk:

  • Peniaga kecil
  • Penjaja pasar malam
  • Rider p-hailing dan e-hailing
  • Freelancer
  • Ejen insurans atau hartanah
  • Pengasuh bayi
  • Petani dan nelayan
  • Pemilik bisnes online
  • Suri rumah
  • Penjawat awam berpencen

Penambahbaikan i-Saraan 2026

Dalam pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan mengumumkan program i-Saraan diteruskan dengan kadar insentif padanan:

  • 20% daripada jumlah caruman
  • Maksimum RM500 setahun
  • Had maksimum RM5,000 sepanjang hayat

Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan inisiatif baharu dikenali sebagai i-Saraan Plus khusus untuk pemandu e-hailing dan p-hailing.

Menerusi inisiatif ini:

  • Insentif ditingkatkan sehingga RM600 setahun
  • Had maksimum sepanjang hayat RM6,000
  • Caruman boleh dibuat melalui potongan terus platform penyedia perkhidmatan

Kenapa Ramai Pilih i-Saraan?

i-saraan kwsp

Foto: Gemini AI

Ramai menganggap simpanan persaraan memerlukan jumlah besar, sedangkan dengan simpanan kecil tetapi konsisten, jumlah itu boleh berkembang dalam jangka panjang.

Sebagai contoh, simpanan sekitar RM6.85 sehari bersamaan kira-kira RM2,500 setahun sudah melayakkan ahli menerima insentif maksimum RM500 setahun daripada kerajaan.

Ditambah pula dengan dividen tahunan KWSP, simpanan tersebut berpotensi berkembang lebih tinggi berbanding simpanan biasa.

Kelebihan i-Saraan KWSP

Terdapat beberapa kelebihan i-Saraan, antaranya:

1. Caruman Fleksibel

Tiada jumlah minimum bulanan ditetapkan.

Ahli bebas menentukan sendiri jumlah caruman mengikut kemampuan kewangan masing-masing, sehingga had maksimum RM100,000 setahun.

2. Dapat Dividen Tahunan KWSP

Simpanan dalam KWSP menerima dividen tahunan yang secara kebiasaannya lebih tinggi berbanding akaun simpanan biasa.

Ia membantu wang simpanan berkembang melalui kesan faedah kompaun.

3. Terima Insentif Kerajaan

Kerajaan akan memberikan insentif padanan sebanyak 20% daripada jumlah caruman tahunan.

Untuk mendapatkan insentif maksimum RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM2,500 setahun.

4. Layak Pelepasan Cukai

Caruman sukarela melalui i-Saraan juga melayakkan ahli menikmati pelepasan cukai tertakluk kepada syarat LHDN.

5. Bantuan Kematian RM2,500

KWSP turut menyediakan bantuan kematian sebanyak RM2,500 kepada waris atau penama ahli tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Siapa Yang Layak Mohon?

Syarat kelayakan i-Saraan ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur bawah 60 tahun
  • Bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap
  • Termasuk pekerja ekonomi gig dan penjawat awam berpencen

Cara Daftar i-Saraan KWSP 2026

i-saraan kwsp

Foto: KWSP

Pendaftaran boleh dibuat secara online dengan mudah.

i-saraan kwsp

Foto: KWSP

Langkah 1

Buka aplikasi i-Akaun KWSP atau website Pendaftaran i-Saraan

Langkah 2

KliK “Daftar i-Saraan”.

Langkah 3

Pilih Profesion.

i-saraan kwsp

Foto: KWSP

Langkah 4

Tekan “teruskan”.

Langkah 5

Baca Terma dan Syarat, seterusnya klik butang “setuju”.

Langkah 6 

Pendaftaran berjaya.

Saluran Bayaran i-Saraan

Caruman boleh dibuat melalui:

  • Aplikasi i-Akaun KWSP
  • Perbankan internet
  • Kaunter bank terpilih
  • Ejen Bank Berdaftar
  • Pejabat KWSP
  • Self-Service Terminal (SST)

Antara bank yang menyokong pembayaran termasuk:

  • Maybank
  • CIMB
  • BSN
  • RHB Bank
  • Public Bank
  • Hong Leong Bank
  • Bank Islam
  • Ambank

Bagaimana Insentif Kerajaan Dikreditkan?

KWSP akan membuat tuntutan insentif kerajaan secara berkala berdasarkan caruman ahli bagi tempoh:

  • Januari hingga Jun
  • Julai hingga Disember

Caruman i-Saraan pula akan diagihkan ke:

  • Akaun Persaraan (75%)
  • Akaun Sejahtera (15%)
  • Akaun Fleksibel (10%)

Bagi ahli berumur 55 tahun ke atas, semua caruman akan dimasukkan ke Akaun Emas.

Dokumen Diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan ialah:

  • MyKad
  • Borang KWSP 16G(M) bagi pendaftaran kali pertama
  • Borang KWSP 6A(2) semasa bayaran manual

Bagi mereka yang tiada caruman tetap setiap bulan, i-Saraan boleh menjadi langkah awal membina simpanan persaraan secara konsisten.

Lagi awal mula mencarum, lagi besar potensi simpanan berkembang untuk masa depan.

Baca juga: Elaun Pasca Cuti Bersalin Terbaharu: Lebih Fleksibel, Lebih Mesra Ibu Bekerja! Ini Apa Anda Perlu Tahu

Sumber: KWSP Malaysia

FT Images: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×