Dulu mungkin ramai anggap bulu ketiak lelaki itu perkara biasa, namun kini semakin ramai lelaki mula memilih penampilan lebih kemas dengan menjaga ketiak licin seperti atlet profesional. Malah ada juga bakal isteri yang secara terbuka mengakui mereka lebih selesa jika pasangan menjaga bahagian bawah lengan supaya nampak bersih dan terurus.
Trend mencukur bulu ketiak dalam kalangan lelaki sebenarnya bukan lagi sesuatu yang pelik. Selain faktor kebersihan, ramai juga menganggap ia membantu meningkatkan keyakinan diri terutama apabila memakai baju tanpa lengan atau melakukan aktiviti sukan.
Baca juga: Macam Ada Beauty Consultant Sendiri! Ini Prompt ChatGPT Viral Boleh Cuba, Tak Perlu Bayar RM5k!
BAKAL ISTERI SUKA KETIAK LICIN MACAM ATLET, INI LELAKI PERLU BUAT

Gambar hiasan: Gemini AI
Kenapa ramai lelaki mula cukur bulu ketiak?
Antara sebab utama ramai lelaki memilih untuk mencukur bulu ketiak adalah kerana faktor kebersihan dan penampilan diri. Kawasan ketiak yang terlalu berbulu boleh memerangkap peluh serta menyebabkan bau badan lebih mudah terhasil jika tidak dijaga dengan baik.
Selain itu, ada juga lelaki yang lebih gemar penampilan kemas dan licin kerana dianggap lebih menarik serta selesa. Atlet seperti perenang misalnya sudah lama mengamalkan rutin mencukur bulu badan bagi memberi keselesaan ketika bersukan.
Dalam sesetengah keadaan, penampilan bawah lengan yang bersih juga dianggap lebih profesional dan terurus terutama bagi mereka yang mementingkan grooming harian.
Kajian 2019 dedah ramai lelaki trim bulu ketiak
Menariknya, satu kajian tahun 2019 oleh Men’s Health mendapati daripada 4,044 lelaki yang disoal selidik, sebanyak 68 peratus mengakui mereka mencukur atau merapikan bulu ketiak.
Daripada jumlah itu, 52 peratus mengatakan mereka melakukannya atas faktor penampilan manakala 16 peratus lagi kerana prestasi sukan.
Kajian tersebut secara tidak langsung menunjukkan bahawa rutin penjagaan diri lelaki semakin berubah dan lebih ramai kini terbuka untuk tampil kemas serta menjaga kebersihan badan secara menyeluruh.
CARA CUKUR BULU KETIAK DENGAN BETUL
1. Lembutkan kulit terlebih dahulu
Mandi air suam atau tuam kawasan ketiak dengan tuala hangat sebelum bercukur supaya bulu menjadi lebih lembut dan pori terbuka.
2. Gunakan pencukur yang sesuai
Pilih pencukur berkualiti dan tajam bagi mengurangkan risiko luka kecil atau iritasi pada kulit sensitif.
3. Sapukan krim pencukur
Gunakan shaving cream atau gel supaya pencukur dapat meluncur dengan lebih lancar dan tidak menyebabkan kulit pedih.
4. Cukur secara perlahan
Mulakan cukuran mengikut arah pertumbuhan bulu terlebih dahulu bagi mengelakkan ruam serta masalah bulu tumbuh ke dalam.
5. Bilas dan sapu pelembap
Selepas selesai bercukur, bilas menggunakan air sejuk dan sapukan pelembap untuk menenangkan kulit.
Baca juga: Jangan Salah Pilih, 6 Jenis Fabrik Ini Rupanya Boleh Buat Badan Cepat Berbau Tanpa Sedar!

Gambar hiasan: Gemini AI
CARA KENAL ARAH PERTUMBUHAN BULU KETIAK
Sebelum mula mencukur, penting untuk kenal pasti arah pertumbuhan bulu ketiak bagi mengelakkan iritasi atau luka kecil. Caranya mudah sahaja:
- Rasa dengan tangan: Lalu perlahan jari pada kawasan ketiak yang kering. Arah yang terasa lebih “licin” adalah arah pertumbuhan bulu. Jika terasa sedikit kasar atau “menyucuk”, itu arah bertentangan.
- Perhatikan arah jatuh bulu: Bulu ketiak biasanya tumbuh ke arah bawah dan sedikit ke sisi badan, tetapi setiap individu boleh berbeza.
- Uji dengan sedikit cukuran kecil: Cuba cukur sedikit bahagian kecil mengikut satu arah. Jika lebih licin dan tidak pedih, itu biasanya arah pertumbuhan yang betul untuk anda.
Tip penting: Untuk elak iritasi, mula cukur ikut arah pertumbuhan bulu dahulu, bukan lawan arah. Cukur lawan arah hanya jika kulit sudah biasa dan tidak sensitif.
Hakikatnya, soal mahu menyimpan atau mencukur bulu ketiak tetap bergantung kepada keselesaan masing-masing. Namun tidak dinafikan, ramai wanita kini lebih menyukai lelaki yang menjaga kebersihan diri dan tampil kemas termasuk memiliki ketiak yang bersih serta licin.
Malah bagi sesetengah pasangan, perkara kecil seperti ini juga boleh menjadi antara usaha lelaki untuk menjaga penampilan demi orang tersayang.
Sumber: Philips.co.uk
FT Image: Gemini AI
