Dalam dunia keibubapaan hari ini, rutin harian bukan lagi sekadar tentang menjaga anak dan mengurus rumah. Ia juga tentang bagaimana ibu bapa boleh berkembang, berkongsi pengalaman, dan dalam masa sama menjana pendapatan.
Baru-baru ini, Drypers dan Vinda tampil dengan satu inisiatif baharu yang menarik iaitu Parent-preneurs: The Power Duo, sebuah platform yang bukan saja fokus kepada produk, tetapi juga memperkasakan ibu bapa dalam kehidupan seharian mereka.
Platform untuk ibu bapa moden yang lebih ‘versatile’

Dilancarkan pada 5 Mei 2026 di Kuala Lumpur, inisiatif ini merupakan kesinambungan kepada kempen Power of Parent-preneurs yang diperkenalkan tahun lalu.
Bezanya kali ini, Drypers dan Vinda bergabung tenaga di bawah satu konsep utama iaitu “Comfort for Baby, Strong for Every Mess.”
Bukan saja fokus pada penjagaan bayi, tapi juga keperluan rumah tangga, dari lampin ke tisu dapur, semuanya diambil kira sebagai sebahagian daripada realiti kehidupan keluarga moden.
Lebih menarik, platform ini turut membuka ruang untuk ibu bapa berkongsi pengalaman sebenar penggunaan produk, menjadi sebahagian daripada komuniti yang dipercayai serta menjana pendapatan melalui affiliate & content creation.
Himpunkan 700 ibu bapa & pencipta kandungan

Acara pelancaran yang berlangsung di The Vertical Connexion, Bangsar South ini berjaya menghimpunkan sekitar 700 rakan afiliasi, ibu bapa dan keluarga.

Antara aktiviti menarik yang diadakan:
- Sesi networking bersama content creators
- Aktiviti keluarga interaktif
- Persembahan khas oleh Aisha Retno
- Sesi perkongsian bersama Pakar Pediatrik & Dermatologi Pediatrik, Dr. Mimi Wong
Tetamu juga berpeluang melihat dengan lebih dekat produk-produk terbaru daripada kedua-dua jenama ini.

Menurut Ketua Pengurus Vinda Malaysia, Yapp Pau Ling, inisiatif ini bukan sekadar tentang produk. Sebaliknya, ia memberi peluang kepada ibu bapa untuk menukar pengalaman harian dan testimoni sebenar kepada penyertaan dalam ekonomi pencipta kandungan dan affiliate.

“Di Vinda, matlamat kami adalah untuk memudahkan kehidupan seharian keluarga melalui
kaedah yang bermakna. Tahun lalu, Drypers melancarkan Power of Parent-preneurs untuk
menyokong ibu bapa melalui produk berkualiti serta panduan yang lebih jelas untuk mereka
berkongsi pengalaman tentang produk yang dipercayai. Tahun ini, kami mengembangkan
idea tersebut dengan menyatukan Drypers dan Vinda di bawah satu platform yang
mencerminkan realiti kehidupan berkeluarga hari ini. Selain sokongan produk harian, kami
ingin memberi peluang yang praktikal kepada ibu bapa untuk menjana pendapatan dengan
menjadikan pengalaman dan testimoni sebenar kepada penyertaan bermakna dalam
ekonomi pencipta kandungan serta ekonomi gabungan. Inilah teras yang menjadikan
Parent-preneurs: The Power Duo amat bermakna,” katanya.
Ringkasnya, apa yang ibu bapa kongsi setiap hari, boleh menjadi sumber pendapatan.
Inovasi produk yang fokus pada keperluan sebenar keluarga

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Drypers dan Vinda turut memperkenalkan beberapa produk baharu dan dipertingkat yang direka khas untuk memudahkan rutin harian ibu bapa.
1. Drypers Wee Wee Dry (Baharu & Dipertingkat)
- Getah pinggang fleksibel untuk keselesaan bayi
- Double Leakguard untuk perlindungan maksimum
- Poo Pocket (saiz terpilih) untuk elak kebocoran najis bayi baru lahir
2. Tisu Dapur Basah Vinda Deluxe
- Berkesan tanggalkan minyak & gris
- Boleh dibilas hingga 8 kali
- Bebas alkohol & diuji dermatologi
- Lembut pada kulit
3. Tisu Dapur Vinda Deluxe Soft Pack
- Serapan minyak 3 kali lebih baik
- Diperbuat daripada 100% virgin pulp
- Tanpa bahan kimia berbahaya
Secara keseluruhan, inovasi produk ini mencerminkan matlamat yang lebih besar, iaitu memberikan sokongan praktikal yang membantu meringankan beban harian dan memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa di rumah.
