Euforia Bola 2026
Nur

Islam Tak Halang Berhibur, Ini 10 Alternatif Hiburan Diredai Allah & Hati Pun Tenang Tak Kosong!

hiburan dalam Islam

Islam tidak pernah menolak hiburan, namun hiburan dalam Islam menuntut setiap Muslim untuk memilih sesuatu yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membawa manfaat kepada hati dan kehidupan akhirat.

Di mana, penganjuran sebuah festival muzik berkonsepkan air di sekitar Kuala Lumpur yang terjadi baru-baru ini mencetuskan perhatian masyarakat, khususnya dalam kalangan Muslim, berkaitan batas dan pilihan hiburan yang lebih selari dengan nilai agama.

Baca juga: “Open Minded Sikit Boleh?” Kenyataan Gadis Tentang ‘Kelab Halal’ Dikecam Netizen, Dr. Ahmad Sanusi Beri Respon

SENARAI ALTERNATIF HIBURAN DALAM ISLAM YANG LEBIH TENANG

hiburan dalam Islam

Gambar hiasan: Gemini AI

Perkongsian oleh Bahagian Dakwah, JAKIM menegaskan bahawa manusia sememangnya memerlukan hiburan, namun tidak semua hiburan membawa ketenangan yang sebenar.

Menurut perkongsian tersebut, ada hiburan yang hanya mengisi masa tetapi tidak mengisi jiwa, malah ada juga yang kelihatan menyeronokkan di luar tetapi akhirnya meninggalkan rasa kosong dalam hati.

Islam, menurut penjelasan itu, tidak melarang umatnya untuk menikmati kehidupan, tetapi memberi panduan agar setiap pilihan hiburan mendekatkan diri kepada Allah.

10 ALTERNATIF HIBURAN YANG DIREDAI ALLAH

Berikut antara bentuk hiburan dalam Islam yang lebih santai, bermakna dan diredai:

  1. Tadabbur alam – menikmati keindahan ciptaan Allah melalui aktiviti seperti hiking, berkelah atau melihat matahari terbenam
  2. Membaca & menuntut ilmu – membaca bahan bermanfaat seperti sirah, buku ilmiah dan pengetahuan berguna
  3. Sukan & kecergasan – memanah, berenang atau aktiviti sihat yang menjaga tubuh badan
  4. Ukhuwah bersama sahabat – berkumpul dalam suasana yang saling mengingatkan kepada kebaikan
  5. Seni khat & kreativiti digital – menghasilkan karya yang memberi manfaat kepada orang lain
  6. Mendengar al-Quran & nasyid – mengisi jiwa dengan alunan yang menenangkan hati
  7. Bermain bersama keluarga – meluangkan masa berkualiti dengan insan tersayang
  8. Memasak & berkongsi rezeki – menjadikan hobi sebagai medium kebaikan dan kasih sayang
  9. Permainan minda – seperti catur atau teka-teki yang mengasah pemikiran
  10. Berbakti kepada masyarakat – aktiviti sukarelawan dan membantu komuniti hiburan sebenar bukan sekadar keseronokan sementara

Baca juga: Isteri Sengsara Dipukul Suami Durjana Hingga Keguguran, Berhak Dapat Pampasan ‘Ghurrah’ Dalam Islam!

hiburan dalam Islam

Hiburan sebenar bukan sekadar keseronokan sementara

Apa yang ingin ditekankan ialah hiburan sebenar bukan sekadar bunyi, pesta atau keseronokan sementara, tetapi bagaimana ia memberi ketenangan yang kekal dalam hati.

Jika sesuatu hiburan hanya membuatkan seseorang ketawa seketika tetapi meninggalkan kekosongan selepas itu, maka ia wajar dinilai semula dari sudut kehidupan seorang Muslim.

Islam mengajar keseimbangan, di mana berseronok tidak salah, tetapi hati tetap perlu dijaga agar tidak jauh daripada tujuan hidup yang sebenar.

Penutup

Dalam dunia moden yang dipenuhi pelbagai bentuk hiburan termasuk festival berskala besar, konsep hiburan dalam Islam menjadi panduan penting untuk memilih apa yang lebih menenangkan jiwa dan membawa keberkatan.

Akhirnya, setiap pilihan hiburan mencerminkan arah hati kita, sama ada menuju kelalaian atau ketenangan yang sebenar.

Baca juga: Isu Aurat Pakaian Tahanan Wanita Jadi Perdebatan, Ramai Tegaskan “Maruah Perlu Dijaga Dalam Semua Keadaan!”

Sumber: Facebook Bahagian Dakwah, Jakim

FT image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×